Friday 27 October 2023

Kiosk StatsDigital tarikan baharu Perpustakaan UiTM



SHAH ALAM, 27 Oktober 2023 - Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menyediakan perkhidmatan Kiosk StatsDigital yang mengandungi 3,181 naskhah penerbitan seperti akaun negara, tenaga buruh dan perangkaan sosial serta indikator ekonomi hijau sejak tahun 1891 hingga kini. 

Naskhah penerbitan digital yang meliputi bidang ekonomi, sosial dan umum didatangkan dalam jenis Dataset, e-Book, Infografik, Nota Teknikal dan Jadual Penerbitan akan menjadi tarikan baharu buat para penyelidik, pelajar dan pensyarah untuk menjadikan Perpustakaan UiTM sebagai hub data Jabatan Perangkaan Malaysia. 

Menerusi ucapan perasmian sewaktu Majlis Pelancaran Kiosk StatsDigital yang diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam pagi tadi, Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menyatakan bahawa  penyediaan Kiosk StatsDigital di Perpustakaan UiTM akan menjadi pemangkin fungsi penyediaan dan penggunaan data dan maklumat bagi kedua-dua institusi ini. 

Menurut beliau, peranan data dan maklumat amat penting terutama dalam menyelesaikan pelbagai isu yang menghambat kompleksiti masyarakat hari ini. 

Tambahnya lagi, penyediaan dan penggunaan data mikro mula menjadi perhatian umum rakyat Malaysia sejak Pilihanraya Umum Malaysia ke-14 yang lalu.  

Dalam pada itu, Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan menyatakan bahawa kerjasama erat antara UiTM dan Jabatan Perangkaan Malaysia amat perlu bagi mewujudkan masyarakat yang celik data terutama dalam penggunaan data daripada sumber yang sahih.

Majlis turut dihadiri oleh dua orang Timbalan Ketua Perangkawan iaitu  YBrs. Puan Nazaria Baharudin dan YBhg. Datin Seri Rozita Talha, Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik YBhg. Profesor Ts. Dr. Haryani Haron, pengurusan kanan dan pelajar program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik (CDS241) seramai 64 orang. 

Penerangan tentang Kiosk StatsDigital oleh Puan Nur Ain Zainal Abidin (kiri)

Urusetia DOSM

Tetamu kehormat. Dari kanan: Profesor Ts Dr Haryani Haron, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ts Haji Azizi Haji Jantan dan Datin Seri Rozita Talha

Kad Ahli Luar Perpustakaan UiTM 

Pengacara majlis Ts. Sabrina Abdul Rahim

Pembaca doa Ustaz Mohd Afiz Hasan 

Pelajar CDS241 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik

Gimik pelancaran 

Penyerahan kad Ahli Luar oleh Ts. Haji Azizi (kanan) kepada Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin

Para tetamu kehormat dan hadirin yang menyaksikan Majlis Pelancaran Kiosk StatsDigital

YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin beramah mesra bersama CDS241 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik

Dari kanan: Encik Zulzamrin Zamanhuri, Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad dan Encik Masrol Hafizal Ismail

Tengah: Pelajar program CDS241 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik 

Pameran Al-Quran Mushaf Malaysia dan Manuskrip Al-Quran
Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews