Monday, 6 November 2023

Penghasilan produk inovatif SDD pencetus kerjasama antara UiTM dan Kolej Komuniti Segamat 2

SEGAMAT, 6 November 2023 - Kerjasama antara dua institusi pendidikan tinggi dalam penghasilan produk inovatif Smart Discussion Device (SDD) telah mendorong termeterainya Surat Niat (Letter of Intent-LOI) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Johor kampus Segamat dan Kolej Komuniti Segamat 2.  

Majlis menandatangani Surat Niat yang diadakan di Batu Anam, Segamat, Johor telah disempurnakan oleh Rektor UiTM cawangan Johor YBhg. Profesor Madya Dr. Saunah binti Zainon dan Pengarah Kolej Komuniti Segamat 2 YBrs. Puan Nor Dalila binti Abd Rahman dengan disaksikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan YBrs. Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan  dan Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti Segamat 2 YBrs. Encik Rasyidi bin Abdullah. 

Menerusi ucapan oleh YBhg. Profesor Madya Dr. Saunah, beliau menyatakan UiTM cawangan Johor menyokong penuh kerjasama bersama agensi kerajaan mahupun industri bagi menghasilkan produk atau projek yang berimpak tinggi yang bermanfaat buat warga UiTM dan masyarakat sekitarnya. Ini kerana sokongan terhadap aktiviti sebegini akan meransang perkongsian pengetahuan yang dimiliki disamping membantu dalam penyelesaian masalah secara pintar.   

SDD merupakan peranti digital interaktif bagi kegunaan pembelajaran secara kolaboratif telah dihasilkan oleh Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) AKAR, Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM cawangan Johor kampus Segamat dan Pusat Sumber Kolej Komuniti Segamat 2.  

Dalam pertandingan akhir Konvensyen KIK peringkat UiTM kali ke-27 yang berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2023 di Dewan Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam, kumpulan KIK AKAR telah layak memasuki pertandingan akhir KIK dan berjaya meraih anugerah Emas menerusi produk inovatif SDD.   

Majlis Menandatangani Surat Niat antara UiTM cawangan Johor dan Kolej Komuniti Segamat 2 
Dua dari kiri: Tuan Ts Haji Azizi Haji Jantan, YBhg. Profesor Madya Dr. Saunah binti Zainon, YBrs. Puan Nor Dalila binti Abd Rahman dan YBrs. Encik Rasyidi bin Abdullah

Majlis Menandatangani Surat Niat berlangsung di Dewan Sri Gemilang, Kolej Komuniti Segamat 2

Staf PTDI dan ahli kumpulan KIK AKAR.
Hadapan dari kiri: Noredayu binti Rosli (Pustakawan Kanan), Siti Rozana binti Mat Sanat (Pustakawan Kanan) Nur Izzatul Izwani binti Ahmad, (Pembantu Pustakawan/ Ahli AKAR), Azlina binti Ab Mutalib (Pembantu Pustakawan Kanan/ Ketua Kumpulan AKAR), Mawar Noor binti Abdullah, (Timbalan Ketua Pustakawan/ Ketua PTDI), Prof. Madya Dr. Saunah binti Zainon (Rektor), Nor Dalila binti Abd Rahman (Pengarah Kolej Komuniti Segamat 2), Muhammad Azhari bin Ja'afar, (Pembantu Pustakawan/ Ahli AKAR), Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/ Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan), Ahmad Akmal bin Mohd Idris, Pustakawan Kanan (Fasilitator), Idris bin Muhammad (Pustakawan Kanan), 
Berdiri belakang dari kiri: Tuan Haji Mohd Danial bin Daud (Pembantu Pustakawan Kanan), Muhammad Safwan bin Kamirul Ain (Pembantu Pustakawan/ Ahli AKAR),  Mohd Azmi bin Samsuri (Pembantu Pustakawan Kanan/ Ahli AKAR), Nurul Amin bin Norudin (Pembantu Pustakawan Kanan/ Ahli AKAR), Mohd Shafiq bin Mohd Danil (Pembantu Pustakawan Kanan/ Ahli AKAR), Sujarmo bin Abdul Karim (Pembantu Pustakawan Kanan/ Ahli AKAR) dan Faizul Azwan bin Jalil (Pembantu Pustakawan). 

Tetamu kehormat bersama produk inovatif Smart Discussion Device (SDD)
Dari kiri: Mawar Noor binti Abdullah, Dr. Faridah Najuna binti Misman (Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni), Prof. Madya Dr. Saunah binti Zainon (Rektor), Nor Dalila binti Abd Rahman (Pengarah Kolej Komuniti Segamat 2), Ts Hj. Azizi bin Hj. Jantan dan Dr. Basaruddin Shah bin Basri (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar). 

Penglibatan Pelajar Latihan Industri PTDI bagi tempoh 4 September 2023 hingga 31 Januari 2024.
Dari kiri: Nurhusna binti Zainal Rashid (Pelajar Latihan Industri), Nur Afiqah binti Fadzli (Pelajar Latihan Industri dan Pengacara Majlis) , YBhg. Profesor Madya Dr. Saunah binti Zainon, Idris Muhammad, Mawar Noor binti Abdullah, Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Nur Khalila binti Mohd Khir (Pelajar Latihan Industri) dan Siti Noor Hamizah binti Sahak (Pelajar Latihan Industri)

Demonstrasi produk inovatif SDD oleh (dari kiri) Muhammad Azhari bin Ja'afar (Pembantu Pustakawan) dan Mohd Azmi bin Samsuri (Pembantu Pustakawan Kanan) 

YBhg. Profesor Madya Dr. Saunah binti Zainon (duduk) sedang menandatangani buku pelawat. 

Staf UiTM dan staf Kolej Komuniti Segamat 2
Hadapan dari kiri: Mohd Radzi bin Mansor (Pegawai Kaunseling), Rasyidi bin Abdullah (Timbalan Pengarah Pengurusan), Nor Dalila binti Abd Rahman (Pengarah Kolej Komuniti Segamat 2), Prof. Madya Dr. Saunah binti Zainon (Rektor UiTM cawangan Johor) Pn. Mawar Noor binti Abdullah (Timbalan Ketua Pustakawan/ Ketua PTDI), Dr. Basaruddin Shah bin Basri (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM cawangan Johor) dan Aniza Hanim binti Amran (Penolong Pustakawan Kolej Komuniti Segamat 2). 
Belakang dari kiri: Nor Zamani bin Mat Daud (Ketua Program Sijil Teknologi Senibina), Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan) dan Mohd Faez bin Mohd Zainal (Pegawai Penerangan). 

Rektor UiTM cawangan Johor YBhg. Profesor Madya Dr. Saunah binti Zainon

Pengarah Kolej Komuniti Segamat 2 YBrs. Puan Nor Dalila binti Abd Rahman

Pengacara majlis oleh Pelajar Latihan Industri PTDI Saudari Nur Afiqah binti Fadzli
Share:

1 comment:

  1. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada PTDI & Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS 2) Batu Anam, Segamat, Johor.

    ReplyDelete

Labels

Total Pageviews