• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Friday 29 September 2023

Lawatan Kerja oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

SHAH ALAM, 27 September 2023 - Seramai sepuluh orang kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia telah melakukan lawatan kerja di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Lawatan kerja yang berlangsung selama dua jam bermula jam 11:30 pagi adalah rentetan daripada kunjungan Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi Hj. Jantan pada 14 September yang lalu di Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya. 

Perbincangan kedua belah pihak bermula di Bilik Mesyuarat dan berakhir dengan tinjauan di setiap aras PTAR telah diiringi oleh staf berikut: 

  1. Tuan Ts. Haji Azizi bin  Haji Jantan 
  2. Puan Hani Liza binti Norfin
  3. Encik Ahamad Zuber bin Mohamed 
  4. Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli
  5. Encik Mohd Izwan bin Salim 
  6. Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad

Manakala Jabatan Perangkaan Malaysia telah diwakili oleh: 

  1. Encik Herzie Mohamed Nordin - Pengarah 
  2. Masrol Hafizal Ismail - Ketua Penolong Pengarah 
  3. Puan Nur Ain Zainal Abidinb - Penolong Pengarah 
  4. Nurul Shamimi Mohd Zain - Pegawai Teknologi Maklumat  
  5. Aznita Abu Bakar - Penolong Pegawai Perangkaan Kanan 
  6. Siti Norbakyah Junus - Penolong Pegawai Perangkaan 
  7. Norizan Abdul Hamid - Pembantu Perangkaan 
  8. Nik Muhammad Afifi Zamri - Personal MyStep
  9. Nur Atikah Zabir - Personal MyStep 
  10. Maisarah Hashim - Personal MyStep 
Menerusi lawatan kerja ini kedua belah pihak telah mencapai persetujuan beberapa perkara utama seperti aksesibiliti data penting negara bagi tujuan penyelidikan  warga universiti. 










Share:

Mesyuarat dan Lawatan Tapak oleh Yayasan Restu


SHAH ALAM, 29 September 2023 - Suatu Mesyuarat dan Lawatan tapak oleh Yayasan Restu di Perpustakaan Tun Abdul Razak telah berlangsung tepat jam 9:00 pagi di Bilik Mesyuarat PTAR. 
Selama hampir dua jam, mesyuarat dan lawatan tapak di PTAR bertujuan memperinci perjalanan Program Seni dan Bahasa yang bakal berlangsung pada bulan Oktober 2023. 

Mesyuarat telah dihadiri oleh: 
  1. Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan) 
  2. Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan) 
  3. Puan Asmah binti Sabtu 
  4. Puan Noor Azureen binti Abd Aziz 
Yayasan Restu diwakili oleh: 
  1. Puan Zarina Mahusin (Timbalan Pengurus) 
  2. Ustaz Muhammad Fakruldin bin Mat Sulaiman (Pensyarah Kolej Antarabangsa Restu) 
  3. Encik Ahmad Ghazi bin Kornain (Pegawai Pemasaran) 
  4. Saudari Nur Syuhada' binti Ridzuan (Pelajar Latihan Industri di Yayasan Restu) 








Share:

Thursday 28 September 2023

Majlis Sanjung Budi Timbalan Naib Canselor ICAN UiTM

27 September 2023 merupakan hari terakhir YBhg. Prof. Dr. Hariri Abdullah yang bersara wajib bermula 28 September 2023. Majlis telah diadakan di Aras 7, Bangunan Canseleri dan dihadiri oleh Naib Canselor UiTM dan ahli MEU UiTM.

PTAR menyampaikan hadiah sempena persaraaan YBhg. Prof. PTAR berterima kasih dengan pihak YBhg. Prof yang memberi kerjasama sangat baik sepanjang menjadi TNC ICAN. Semoga kerjasama yang terjalin erat ini berkekalan bagi memastikan program yang diadakan mencapai matlamat Universiti. Terima kasih Prof dan Selamat Bersara Prof.











Share:

Wednesday 27 September 2023

Amanat Naib Canselor bagi Program Minggu Destini Siswa Sesi Oktober 2023

Minggu Destini Siswa berlangsung pada 27hb September 2023 bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor. Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor telah hadir dan merasmikan program ini. Terima kasih YBhg. Naib Canselor UiTM kerana menyeru mahasiswa dan mahasiswi agar menggunakan Perpustakaan dengan sebaik mungkin. Juga memberikan pengiktirafan bahawa Perpustakaan Digital UiTM adalah yang terbaik dengan menyediakan aplikasi MobileApp.











Share:

Monday 25 September 2023

BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI KEFUNGSIAN BAGI SEMUA SKIM PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DI UiTM


Tajuk: Bengkel Pemantapan Kompetensi Kefungsian bagi semua skim perkhidmatan di UiTM
Tarikh: 25 - 26 September 2023 (Isnin - Selasa)
Masa: 08:30 pagi - 10.30 malam (Hari pertama)

            08:30 pagi - 1.00 petang (Hari kedua)
Tempat: Sarana 2, ILD UiTM Bandar Enstek

Ts. Hj Azizi, Ketua Timbalan Pustakawan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan dan Puan Nurul Aida Pustakawan Kanan dari Unit Pembangunan Bakat telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini bertujuan menyediakan pelan kompetensi fungsional skim pentadbiran UiTM.

 

Share:

Friday 22 September 2023

Bengkel Perancangan Strategik PTJ Di Bawah Seliaan Naib Canselor 2024








Bengkel ini menghimpunkan Ketua-ketua PTJ dibawah Pejabat Naib Canselor bagi membincangkan dan membentangkan perancangan strategik tahun 2024 masing-masing kepada YBhg. Naib Canselor UiTM

Berikut adalah objektif bengkel dianjurkan :


Maklumat bengkel adalah seperti berikut :

    Tarikh : 22 - 24 September 2023
    Tempat : ILD UiTM Nilai










Share:

Knowledge Day Pejabat Pendaftar


Jawatankuasa Kecemerlangan Operasi Pejabat Pendaftar (OE BPD)  berbesar hati menjemput Yang Berusaha Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan sebagai penceramah bagi sesi BPD Knowledge Day 2023. Untuk makluman tuan, BPD Knowledge Day merupakan sesi anjuran Pejabat Pendaftar (BPD) yang bertujuan untuk memberi taklimat, penerangan dan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan dalam pelbagai perspektif kepada staf BPD sebagai inisiatif memperkasakan ilmu pengetahuan dan proses kerja. 

Oleh itu, kami sangat berbesar hati untuk menjemput tuan ke sesi ini seperti  ketetapan berikut:

Sesi       :  BPD Knowledge Day
Tarikh    : 22 September 2023 (Jumaat)
Masa     : 9.00 pagi - 11.00 tengahari
Tempat  : Dewan Al Ghazali
Tajuk     : Pembudayaan Kecemerlangan Operasi 


 

Share:

Thursday 21 September 2023

Empat Kertas Kerja Penyelidikan Pustakawan UiTM dibentang di ICOLIS 2023

PUTRAJAYA, 21 September 2023 - Seramai empat orang Pustakawan UiTM telah membentang empat kertas kerja penyelidikan sempena 9th International Conference on Libraries, Information and Society 2023 (ICoLIS 2023). 

Berikut ialah empat judul kertas kerja penyelidikan: 

  1. Exploring Libraries, Citizen Science, and the Sustainable Development Goals (SDGs): Insights from Researchers and Project Managers / Nurfarawahidah B., Yanti Idaya Aspura, M.K., Khairunisa binti Nikman and Muniratul Husna binti Mohamad Zaki
  2. Malaysian University librarians' inclination towards Citizen Science / Nurfarawahidah B., Kiran, K. and Yanti Idaya Aspura, M.K.
  3. Current Landscape of Open Educational Resources (OER) in Malaysian Academic Libraries / Nurul Diana Jasni, Noorhidawati A. and Yanti Idaya Aspura, M.K.
  4. Enhancing Library Disaster Management through Open Science: A Focus on Preparedness, Response, Recovery, and Mitigation / Mohd Ismail Abidin, Kiran, K., and Samsuddin, SF
Pustakawan UiTM yang terlibat ialah: 
  1. Nurul Diana binti Jasni
  2. Mohd Ismail bin Abidin
  3. Nurfarawahidah binti Badruesham
  4. Muniratul Husna binti Mohamad Zaki
ICoLIS 2023 dianjurkan oleh Universiti Malaya dan berlangsung selama dua hari bermula 20 September hingga 21 September 2023 di The Everly Hotel, Putrajaya, Malaysia. 




Share:

Pustakawan UiTM Dr. Muslim Membentang Kertas Kerja Dalam Seminar Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 21 September 2023 - Pustakawan Kanan Dr. Muslim bin Ismail telah membentang kertas kerja konsep berjudul "The Concept of Islamic Spiritualism in dealing with plague and infectious disease outbreaks"

The International Conference on Social Science & Technology 2023 dianjurkan oleh Universiti Kuala Lumpur dengan kerjasama strategik Universiti Teknologi MARA. 

Rakaman pembentangan kertas kerja boleh dilayari menerusi saluran YouTube Dr. Muslim Ismail @ Ahmad 





Share:

Labels

Total Pageviews