• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Friday 27 October 2023

Kiosk StatsDigital tarikan baharu Perpustakaan UiTM



SHAH ALAM, 27 Oktober 2023 - Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menyediakan perkhidmatan Kiosk StatsDigital yang mengandungi 3,181 naskhah penerbitan seperti akaun negara, tenaga buruh dan perangkaan sosial serta indikator ekonomi hijau sejak tahun 1891 hingga kini. 

Naskhah penerbitan digital yang meliputi bidang ekonomi, sosial dan umum didatangkan dalam jenis Dataset, e-Book, Infografik, Nota Teknikal dan Jadual Penerbitan akan menjadi tarikan baharu buat para penyelidik, pelajar dan pensyarah untuk menjadikan Perpustakaan UiTM sebagai hub data Jabatan Perangkaan Malaysia. 

Menerusi ucapan perasmian sewaktu Majlis Pelancaran Kiosk StatsDigital yang diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam pagi tadi, Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menyatakan bahawa  penyediaan Kiosk StatsDigital di Perpustakaan UiTM akan menjadi pemangkin fungsi penyediaan dan penggunaan data dan maklumat bagi kedua-dua institusi ini. 

Menurut beliau, peranan data dan maklumat amat penting terutama dalam menyelesaikan pelbagai isu yang menghambat kompleksiti masyarakat hari ini. 

Tambahnya lagi, penyediaan dan penggunaan data mikro mula menjadi perhatian umum rakyat Malaysia sejak Pilihanraya Umum Malaysia ke-14 yang lalu.  

Dalam pada itu, Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan menyatakan bahawa kerjasama erat antara UiTM dan Jabatan Perangkaan Malaysia amat perlu bagi mewujudkan masyarakat yang celik data terutama dalam penggunaan data daripada sumber yang sahih.

Majlis turut dihadiri oleh dua orang Timbalan Ketua Perangkawan iaitu  YBrs. Puan Nazaria Baharudin dan YBhg. Datin Seri Rozita Talha, Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik YBhg. Profesor Ts. Dr. Haryani Haron, pengurusan kanan dan pelajar program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik (CDS241) seramai 64 orang. 

Penerangan tentang Kiosk StatsDigital oleh Puan Nur Ain Zainal Abidin (kiri)

Urusetia DOSM

Tetamu kehormat. Dari kanan: Profesor Ts Dr Haryani Haron, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ts Haji Azizi Haji Jantan dan Datin Seri Rozita Talha

Kad Ahli Luar Perpustakaan UiTM 

Pengacara majlis Ts. Sabrina Abdul Rahim

Pembaca doa Ustaz Mohd Afiz Hasan 

Pelajar CDS241 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik

Gimik pelancaran 

Penyerahan kad Ahli Luar oleh Ts. Haji Azizi (kanan) kepada Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin

Para tetamu kehormat dan hadirin yang menyaksikan Majlis Pelancaran Kiosk StatsDigital

YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin beramah mesra bersama CDS241 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik

Dari kanan: Encik Zulzamrin Zamanhuri, Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad dan Encik Masrol Hafizal Ismail

Tengah: Pelajar program CDS241 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik 

Pameran Al-Quran Mushaf Malaysia dan Manuskrip Al-Quran
Share:

Thursday 26 October 2023

Aplikasi Sistem Penilaian KIK pertama kali dilaksana di Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali ke-27

SHAH ALAM, 25 Oktober 2023 - Tirai Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali Ke-27 telah melabuhkan tirainya sekitar jam 5:30 petang dengan sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya barisan juri telah menggunakan aplikasi Sistem Penilaian KIK bagi merekod pemarkahan setiap Kumpulan KIK yang bertanding.

Sistem Penilaian KIK telah dibangunkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) berdasarkan piawaian pemarkahan oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM). 

Menerusi ucapan sewaktu Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali Ke-27, Penolong Naib Canselor InQKA Profesor Dr. Azizah Abdullah berharap agar budaya kualiti dan inovasi akan terus menjadi budaya warga universiti. Tambahnya lagi, inovasi yang terhasil harus dimanfaatkan demi kecemerlangan budaya kerja. 

Dalam majlis yang sama, pemenang bagi 15 kategori yang dipertandingkan telah diumumkan seperti berikut: 

    1. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Sosial - PDJH CREW
    2. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Sosial (Kategori Penciptaan) - PDJH CREW
    3. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Sosial (Kategori Penambahbaikan) - Tiada Pemenang 
    4. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Pengurusan - NEO ULTRAS 
    5. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Pengurusan (Kategori Penciptaan) - NEO ULTRAS 
    6. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Pengurusan (Kategori Penambahbaikan - CIVGU MURNI
    7. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi P&P - INOVASI MADANI 
    8. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi P&P (Kategori Penciptaan) - NORTH PEARL '20
    9. Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi P&P (Kategori Penambahbaikan) - INOVASI MADANI
    10. Anugerah Persembahan Terbaik - JASA
    11. Anugerah Pembentang Terbaik (Lelaki) - KASUADI ARIFIN (AUXI TEAM) 
    12. Anugerah Pembentang Terbaik (Perempuan) - SALWA ADAM (AGRO MIND) 
    13. Anugerah Fasilitator Terbaik - NUR FATIMAH IBRAHIM NGAH (3K) 
    14. Anugerah Istiqamah KIK - AUXI TEAM 
    15. Penarafan Emas - SEMUA KUMPULAN BERTANDING
PDJH CREW


Share:

Tuesday 24 October 2023

Program Seni dan Bahasa


SHAH ALAM, 18 Oktober 2023 - Mengangkat martabat seni dan bahasa bangsa Melayu. Itu matlamat penganjuran Program Seni dan Bahasa yang diadakan pada 18 Oktober 2023 hari Rabu. 

Seramai 50 orang peserta telah memenuhi ruang Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam bagi memupuk kesedaran dan minat mahasiswa mahasiswi UiTM mengenai keindahan seni tulisan Khat Jawi, seni illuminasi Al-Quran dan perkembangan Bahasa Melayu moden. 

Dalam program yang sama, telah diadakan majlis Perasmian Penutup Program Seni dan Bahasa beserta Penyampaian Hadiah Pertandingan Seni Khat Jawi yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Nurul Julia Alani Henry, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah. Menerusi ucapannya, YBrs. Puan Nurul Julia mendorong para mahasiswa mahasiswi UiTM agar membudayakan penggunaan tatabahasa yang betul ketika bertutur mahupun berucap dalam Bahasa Melayu. Menurut beliau, penggunaan bahasa campur (bahasa Inggeris dan bahasa Melayu) akan memudarkan keindahan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. 

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan. Dalam ucapannya, YBrs. Tuan Ts. Haji Azizi menyatakan bahawa perpustakaan menyokong program memartabat seni dan budaya bangsa sementelah PTAR mempunyai Repositori Khazanah Melayu sebagai sistem penyimpanan ilmu warisan bangsa. 

Program berakhir jam 1:00 petang. 















Share:

Mesyuarat Kolaborasi KPPIM



SHAH ALAM, 11 Januari 2024 - Mesyuarat Kolaborasi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) telah berlangsung seperti berikut: 
                        Tarikh:       20 Oktober 2023 (Jumaat)
                        Masa:         9:00 pagi
                        Tempat:     Bilik Mesyuarat, PTAR 

Wakil PTAR: 
1. YBrs. Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan 
    - Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan
2. Puan Hani Liza Norfin 
    - Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan
3. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli               
    - Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi
4. Puan Nurul Aida Noor Azizi 
    - Ketua Unit Pembangunan Bakat

Wakil KPPIM: 
1. YBhg. Profesor Ts. Dr Haryani Haron 
    - Penolong Naib Canselor KPPIM
2. YBhg. Profesor Ts. Dr Wan Abdul Rahim Wan Mohd Isa 
    - Dekan Akademik & Antarabangsa
3. YBrs. Profesor Madya Ts. Dr Ahmad Zia Ul-Saufie Mohamad Japeri 
    - Ketua Pusat Sains Matematik
4. YBrs. Dr Husain Hashim 
    - Ketua Pusat Sains Maklumat
5. YBrs. Dr A’dillah Mustafa
    - Koordinator Pengurusan Perpustakaan
6. YBrs. Dr Siti Afiqah Muhamad Jamil 
    - Pegawai Perhubungan UiTM-DOSM

Berikut ialah butiran perbincangan: 

1. Menggunakan platform MyKM bagi penyediaan dan perkongsian pengajaran kepada pelajar secara atas talian oleh pihak KPPIM. 
[Tindakan: En Izwan Salim, Pustakawan Kanan]

2. Penglibatan KPPIM dalam Majlis Pelancaran Kioks StastDigital bagi penyerahan surat lantikan
semula YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin sebagai Profesor Adjung UiTM. 
[Tindakan Dr Siti Afiqah Muhamad Jamil (KPPIM)/ Puan Shahidatul Akhmam Rambeli (PTAR). ]

3. (a) Menjadikan PTAR Puncak Perdana tempat bagi pelajar KPPIM di Puncak Perdana sebagai
“Experiental Learning Library Engagement”. Mempelajari secara praktikal pengurusan harian
kepustakawanan dan perpustakaan. 

(b) Penyerahan dua (2) buah perpustakaan (Perpustakaan Waqaf Kanak-kanak dan “Experimental
Library”) di bawah KPPIM di Puncak Perdana kepada PTAR sebagai anak angkat bagi memastikan
kemudahan perpustakaan diurus dengan baik. 
[Tindakan Dr A’dillah Mustafa (KPPIM)/ Puan Hani Liza Norfin (PTAR).]

4. Pengendalian Preservation Lab di PTAR Puncak Perdana oleh pihak PTAR bagi memenuhi standard seperti di PTAR Shah Alam dan Arkib UiTM dari segi peralatan dan bahan yang digunakan. 
[Tindakan Dr. Husain Hashim (KPPIM)/ Encik Ahmad Amiri Mohamad (PTAR).]

5. Penglibatan pelajar KPPIM di Shah Alam dalam literasi maklumat yang dikendalikan PTAR Shah
Alam. 

6. Mengundang pihak PTAR ke seminar anjuran KPPIM di UiTM Cawangan Sarawak pada 20 Januari 2024 dimana Dato' Jaafar Sidek Bin Hj Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia akan dijemput sebagai Key Note Speaker. 
[Profesor Madya Ts. Dr Ahmad Zia Ul-Saufie Mohamad Japeri (KPPIM)/ Puan Shahidatul Akhmam
Rambeli (PTAR).]


Profesor Ts. Dr Haryani Haron 


Share:

Monday 23 October 2023

5 finalis Kumpulan KIK PTAR berentap di Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali Ke-27



SHAH ALAM, 23 Oktober 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mencipta rekod sebagai finalis Kumpulan Inovatif & Kreatif  terbanyak sempena Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali ke-27 yang sedang berlangsung pada 23 Oktober hingga 25 Oktober 2023. 

5 finalis Kumpulan KIK daripada PTAR, UiTM Shah Alam dan PTAR, UiTM cawangan ialah: 

  1. SPEKTRUM (UiTM cawangan Sarawak) - Bahan (Buku) yang rosak tidak dilaporkan
  2. AKAR (UiTM cawangan Johor) - Smart Discussion Device
  3. PDJH Crew (UiTM cawangan Perlis) - Mencipta Rak Penyimpanan dan Pemotongan Kekulit Buku 
  4. I-CLIQUE (PTAR Shah Alam) - Library Visitor System (LibVisitor) 
  5. GRAHA JAYA (UiTM cawangan Melaka) - KBM Learning Space
Menerusi ucapan pembukaan dalam Majlis Pembukaan Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali Ke-27,  Pengerusi Konvensyen KIK YBrs. Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan telah menyeru agar seluruh finalis kumpulan KIK mengamalkan inovasi yang dicipta dan dipertandingkan di tempat kerja masing-masing. Tambahnya lagi, setiap kecemerlangan harus mempunyai 'soul' (jiwa) agar terus memberi manfaat buat warga universiti.

Tuan Ts Haji Azizi turut mengalu-alukan sumbangan foto dan dokumen sepanjang 27 kali penganjuran Konvensyen KIK di UiTM terutama daripada pakar rujuk KIK UiTM agar maklumat dapat dipelihara dan dirujuk oleh generasi berikutnya.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Ketua Inovasi dan Kecemerlangan Operasi, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) YBrs. Dr. Nik Azlin Nik Arifin. Beliau menyatakan proses saringan yang teliti telah dilalui bagi memilih finalis kumpulan KIK mengikut zon dipertandingkan berikut: 
    1. Zon Utara      =  6 penyertaan 
    2. Zon Selatan   =  7 penyertaan
    3. Zon Tengah   =15 penyertaan
    4. Zon Timur     =  3 penyertaan
    5. Zon Borneo   =  5 penyertaan 
PTAR telah menjadi tuan rumah Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali ke-27 yang sedang berlangsung di Dewan Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Sebanyak 20 kumpulan KIK berentap di pentas akhir Konvensyen KIK bagi merebut trofi, sijil dan wang kemenangan. 



Share:

Memori PTAR sebagai Penganjur Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali Ke-27


SHAH ALAM, 23 Oktober 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak telah dipilih sebagai Penganjur Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Peringkat UiTM Kali ke-27. 

Berikut memori PTAR sebelum bermulanya Konvensyen KIK kali ini. 

            Suasana Dewan Anjung Seri Budiman sewaktu sesi ujilari. 
Ujilari penyampaian hadiah hari ketiga Konvensyen KIK

Ujilari penyampaian hadiah.

Kemasan akhir persiapan tempat. 

Duduk kiri: Tuan Abdul Rahim Abdul Kadir, Ketua Juri Konvensyen KIK UiTM 2023

AJK Protokol dan Publisiti

Kanan: Puan Rizana Mohd Radwan, Timbalan Penyelaras KIK
Kiri: Encik Ahamad Zuber Mohamed, AJK Teknikal dan Persiapan Tempat 

Pelajar Latihan Industri PTAR

Dari Kiri: Puan Habibah Hamzah (INQKA) dan Puan Hani Liza Norfin

Kumpulan I-Clique

Kumpulan Sinergi

Kumpulan Vorteks

Kumpulan EZYFSKMJESSELTON


AJK Pengurusan Majlis, Jemputan dan Pendaftaran

AJK Hadiah, Sijil dan Cenderahati

AJK Jamuan

Persiapan tempat oleh AJK Teknikal dan Persiapan Tempat pada hari Ahad 22 Oktober 2023

Pemasangan sudut Photoboth pada hari Ahad 22 Oktober 2023
Share:

Labels

Total Pageviews