Friday, 30 September 2022

Majlis Menandatangani Surat Hasrat Antara PTAR dan Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, KKM.

YBrs. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman (kiri) dan YBrs. Encik Yusri bin Yusuf saling bertukar Surat Hasrat yang telah ditandatangani.

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah memahat satu lagi sejarah kecemerlangannya apabila pada 28 September 2022 hari Rabu telah berlangsung Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI-Letter of Intent) antara PTAR, UiTM dan Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Majlis yang telah diadakan di Putrajaya ini telah menyaksikan Ketua Pustakawan UiTM, YBrs. En. Jamalludin bin Hj. Sulaiman dan wakil Pengarah Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, YBrs. Encik Yusri bin Yusuf bersama-sama  menandatangani Surat Hasrat di hadapan kira-kira dua puluh orang hadirin yang hadir pada petang itu. 

Surat Hasrat ini merupakan kali pertama PTAR memetrai suatu jalinan kerjasama strategik dengan organisasi luar UiTM dalam aspek pembangunan pusat pengurusan pengetahuan digital (Digital Knowledge Centre), perkongsian pintar dalam pengurusan inovasi dan pembangunan sistem pengurusan rekod dan arkib. 

Mengimbas kembali permulaan jalinan ini apabila Encik Mohd Amin bin Yaakob dan kumpulan kerja beliau telah mengadakan lawatan kerja ke PTAR pada tahun 2019. Lawatan kerja tersebut bertujuan perkongsian kepakaran dan amalan terbaik antara kedua-dua organisasi. Sesi perkongsian tersebut telah berlanjutan hingga tahun ini sehinggalah terhasilnya Majlis Menandatangani Surat Hasrat. 

Surat Hasrat ini  menjadi bukti rasmi pengiktirafan atas kepakaran yang dimiliki antara PTAR dan Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, malah akan menjadi penggerak terhadap aspek inovasi. Kesannya, masyarakat akan memperoleh manfaat dalam bentuk penjimatan masa dan sumber manusia disamping penggunaan teknologi dan aplikasi yang akan meningkatkan daya kecekapan sesuatu proses.

Surat Hasrat adalah termasuk dalam inisiatif PTAR bagi memacu halatuju dan hasrat UiTM ke arah Universiti Tersohor tahun 2025 (GRU 2025-Globally Renowned University).  

YBrs. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman (pertama dari kiri) bersama Tuan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan dan Puan Shahidatul Akhman Rambeli. 
YBrs. Encik Yusri bin Yusuf (hadapan kanan) bersama kumpulan kerja Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan
Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews