• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Friday 31 March 2023

Hari terakhir Ketua Pustakawan UiTM ke-7 Bertugas Rasmi

31 Mac 2023, Jumaat adalah hari terakhir Ketua Pustakawan UiTM Encik Jamalludin Hj. Sulaiman hadir bertugas dan akan mula bercuti rehat pada 1 April 2023 sehingga tibanya tarikh persaraan beliau pada 15 Mei 2023.

Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi Hj. Jantan akan menjalankan tugas sebagai Ketua Pustakawan UiTM bermula 3 April 2023 sehingga ketetapan baharu kelak.

Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti Encik Jamalludin Hj. Sulaiman selama 37 tahun, seluruh warga kerja PTAR Shah Alam telah beramai-ramai berkumpul di ruang masuk pejabat PTAR bagi menyaksikan perjalanan pulang beliau.

Walaupun hilang daripada pandangan mata, namun seluruh warga kerja PTAR senantiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Ketua Pustakawan UiTM ketujuh ini.










Tuan Ts. Hj. Azizi Hj. Jantan (dua dari kanan) menyerahkan bunga kepada Encik Jamalludin Hj. Sulaiman. 


Share:

Sinergi BTU dan PTAR menerusi program "Strategy Dialogue Series 1"

 

Bahagian Transformasi Universiti (BTU) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berkolaborasi dalam satu program Live@PTAR menerusi siri program Strategy Dialogue Series (SDS) berikut:

    Tajuk      : Strategies Towards Globally Renowned University in Research & Innovation
    Tarikh     : 31 Mac 2023 (Jumaat)
    Masa      : 9:00 pagi - 11.00 pagi
    Platform : Saluran Youtube Rasmi Perpustakaan UiTM 

SDS siri 1 yang julung kalinya bersiaran ini menampilkan moderator dan panel berikut:

Moderator : 
Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad 

Penolong Naib Canselor (Strategi)

Panel 1 : 
Prof. Ts. Dr. Norazah Abd. Rahman 
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Panel 2 : 
Prof. Engr. Ts. Dr. Mohamad Rusop Mahmood
Pengarah Institut Sains

Panel 3 :
Prof. Dr. Ir. M.F.W.H.A. Marijn Janssen
Head of the Engineering Systems and Services (ESS), Delft University of Technology

Siaran SDS siri 1 ini membincangkan mengenai strategi untuk meningkatkan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga UiTM seiring dengan halatuju strategik UiTM tahun 2023 iaitu Kebolehpasaran Global (Globally Marketable). 

Sejumlah seribu tontonan telah direkodkan sehingga artikel ini ditulis. 






Share:

Thursday 30 March 2023

Lawatan Audit Pematuhan Status Swaakreditasi UiTM


Shah Alam, 15 Mac 2023 - Ketua Pustakawan UiTM Encik Jamalludin Hj. Sulaiman beserta pengurusan eksekutif Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima kunjungan kumpulan auditor luar seramai tujuh orang seperti berikut: 

  1. Profesor Dr. Azlinda Azman   - Universiti Sains Malaysia
  2. Profesor Dr. Shahrin Mohamad  - Universiti Teknologi Malaysia     
  3. Profesor Dr. Alan Ong Han Kiat - Universiti Tunku Abdul Rahman    
  4. Profesor Madya Dr. Firuza Begham Haji Mustafa - Universiti Malaya    
  5. Profesor Madya Dr. Che Aniza Che Wel - Universiti Kebangsaan Malaysia 
  6. Farrah Wahida Mohd Aris - Sekretariat MQA
  7. Adibah Mat Russ - Sekretariat MQA                                                                                       

Kunjungan ini adalah bersempena Lawatan Audit Pematuhan Status Swaakreditasi UiTM yang berlangsung pada 13 hingga 15 Mac 2023. 

Sebagai jabatan yang menyokong kepada pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. kunjungan ini amat penting buat PTAR kerana para auditor akan menilai mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR buat penuntut, pensyarah dan penyelidik UiTM. 

Turut hadir ialah kumpulan staf Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) seramai lima orang seperti berikut: 

  1. Prof. Madya Dr. Kamarulariffin Abd Jalil. 
  2. Ts. Dr. Razulaimi Razali. 
  3. ChM. Dr. Shahrul Nizam Ahmad. 
  4. Ts. Linda Abd Hamid 
  5. Dr. Shatina Saad
Ketua Pustakawan telah mengetuai pertemuan ini bersama-sama enam orang staf PTAR berikut: 

  1. Ts Hj Azizi bin Jantan
  2. Ahmad Amiri bin Mohamad
  3. Hani Liza binti Norfin
  4. Aznur Umiza binti Abu Kassim
  5. Shahidatul Akhmam binti Rambeli
  6. Wan Izzatul Fahrah binti Wan Ishak






Share:

JPE PTAR Meraikan Sempena Persaraan Ketua Pustakawan UiTM En. Jamalludin bin Hj Sulaiman

Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Perpustakaan UiTM merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pustakawan UiTM En Jamalludin bin Hj Sulaiman yang akan mula bercuti pada 1 April 2023. Beliau akan bersara wajib bermula 15 Mei 2023.

En Jamalludin Hj Sulaiman pada hari ini telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif buat kali terakhir dan menitipkan pesanan agar kepimpinan sedia ada ini dapat menggalas tanggungjawab dengan lebih cemerlang. Beliau juga berharap, kepimpinan sedia ada ini sentiasa bersedia dengan cabaran masa depan dan sentiasa bijak meletakkan peranan PTAR sebagai nadi dalam Universiti.


Semoga En. Jamalludin bin Hj Sulaiman diberikan kesihatan dan keceriaan. 


Mesyuarat juga mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada En Norhazlan, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan yang dinaikkan pangkat dan menjadi Ketua Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka bermula 3 April 2023.





Share:

Wednesday 29 March 2023

Kunjungan Hormat PTAR ke Atas Jabatan Penerangan Negeri Selangor

Sumber foto: Facebook Jabatan Penerangan Negeri Selangor

Shah Alam, 28 Mac 2023 - Bahagian Korporat & Kolaborasi (BKK), PTAR telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri Selangor Puan Normaizatulakmal Tujad bagi menyatakan hasrat jalinan kerjasama antara kedua-dua organisasi. 

Pertemuan yang berlangsung di bilik Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor ini telah berlangsung selama dua jam dan dihadiri seramai sembilan orang staf. 

Pertemuan yang mesra ini telah membincangkan program atau aktiviti secara kolaboratif antaranya program kemerdekaan, program MADANI dan isu semasa yang dekat dengan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti isu dadah dan penipuan dalam talian (scammer)

Kunjungan hormat PTAR ini telah diketuai oleh Ketua BKK Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Puan Zuhaslinda Sulaiman, Puan Asmah Sabtu, Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad dan Encik Muhammad Fikree Rahmat. 

Selain Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri Selangor diwakili oleh Penolong Pengarah Encik Muhammad Faiz Amzar Mohd Arif dan Encik Nasrudin Wahid serta Penolong Pegawai Penerangan Puan Norshazila Ahmad. 

Puan Normaizatulakmal Tujad (kiri) dan Puan Shahidatul Akhmam Rambeli

Wakil Jabatan Penerangan Negeri Selangor: Dua dari kanan; Puan Norshazila Ahmad, Encik Muhammad Faiz Amzar Mohd Arif dan Encik Nasrudin Wahid. 

Suasana perbincangan bilik Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor



Share:

Monday 27 March 2023

Amanat Ketua Pustakawan UiTM 2023

Shah Alam, 23 Mac - Melonjak kebolehpasaran pelajar Sains Perpustakaan bagi melahirkan Future Librarian merupakan fokus utama  Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) sebagaimana yang terkandung dalam Amanat Ketua Pustakawan UiTM 2023. 

Menerusi ucapannya, Ketua Pustakawan UiTM Encik Jamalludin Hj. Sulaiman turut menggariskan sembilan fokus perpustakaan seperti berikut:        

  1. Memperkasa kecemerlangan bakat staf perpustakaan.                                            
  2. Memperkasa kecemerlangan operasi melalui Library World Class Standard Practices. 
  3. Membangunkan Niche Collection Perpustakaan UiTM.                                              
  4. Melestarikan inisiatif perpustakaan digital melalui Pelan Pendigitalan Perpustakaan. 
  5. Memperkasa peranan Pustakawan Penyelidikan bagi kelestarian staf akademik.  
  6. Meningkatkan penglibatan aktif perpustakaan bersama industri dan komuniti.  
  7. Meningkatkan keahlian luar berfokuskan alumni.                                              
  8. Melestarikan kewangan melalui penjanaan dan penjimatan perpustakaan. 
  9. Memperkukuh Rekod Penting Universiti.                                       

Pemilihan kebolehpasaran pelajar Sains Perpustakaan sebagai fokus utama PTAR pada tahun 2023 adalah selari dengan hasrat utama universiti yang mahukan kebolehpasaran pelajar di peringkat dunia.  Beberapa strategi telah digariskan bagi melonjakkan kebolehpasaran pelajar Sains Perpustakaan antaranya Penubuhan Library Graduate Assistance Program atau LibGAP. LibGAP merupakan suatu program berstruktur yang bermatlamat memberi pendedahan terhadap fungsi perpustakaan dan penglibatan pelajar di dalam aktiviti perpustakaan.          

Dengan bertemakan "Keunggulan Bakat Pemangkin Perkhidmatan Global", Amanat Ketua Pustakawan 2023 telah ditonton seramai 394 penonton di saluran YouTube Perpustakaan UiTM. 































































































































































































































































9. Memperkukuh rekod penting universiti.                                                                                                                                  

Share:

Friday 24 March 2023

Mesyuarat Penetapan Semula KPI/PI 2023 di Bawah Peneraju Jabatan Komunikasi UiTM

    Jabatan Komunikasi telah mengadakan mesyuarat bersama Bahagian Transformasi Universiti (BTU) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak bagi membincangkan KPI dan PI 2023 yang telah didaftarkan di bawah Pengarah Peneraju iaitu Pengarah Kanan, Jabatan Komunikasi. Hasil mesyuarat ini membincangkan berkenaan 1 KPI dan 3 PI yang berkaitan untuk mendapatkan pendapat dan ketetapan yang lebih teliti sebelum memutuskan kaedah yang terbaik untuk penyediaan laporan kepada pihak BTU. 


Maklumat mesyuarat adalah seperti yang berikut: 

Tarikh : 24 Mac 2023 (Jumaat)

Masa  : 10.30 pagi - 12:00 tengahari 

Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Komunikasi, Aras 2 Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin


Agenda mesyuarat: 

1. UiTM Webometrics World Ranking

2. Web Contents Impact 

3. Visibility of UiTM publication 

4. Top cited research papers





Share:

Wednesday 15 March 2023

Kunjungan Hormat PTAR ke atas Presiden Majlis Belia Negeri Selangor


Sungai Panjang, 9 Mac 2023 - Kunjungan hormat oleh Bahagian Korporat & Kolaborasi, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ke atas Presiden Majlis Belia Negeri Selangor YB Dato' Mohd Imran Tamrin telah diadakan di Bangunan UMNO Bahagian Sungai Besar. 

Pertemuan mesra yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama antara kedua belah pihak khususnya dalam bidang pengurusan maklumat. 

Memulakan sesi perbincangan tepat jam 11:00 pagi, YB Dato' Mohd Imran telah berkongsi tentang latar belakang mukim Sungai Panjang. Terletak di daerah Sungai Besar dan mempunyai bentuk muka bumi yang rata dan berhampiran laut Selat Melaka, kebanyakan penduduknya adalah petani dan nelayan. Disamping itu, penduduk Sungai Panjang mempelbagaikan sumber ekonominya menerusi pelancongan agro agar terus berdaya saing. Sebagai tarikan buat generasi muda, pelbagai insentif disedia seperti penggunaan teknologi dalam pertanian, penambahbaikan infrastruktur dan pertambahan prasarana terutama liputan rangkaian internet. 

Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan memfokuskan tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Pustakawan UiTM terhadap komuniti. Terdapat tiga program yang bersifat kemasyarakatan iaitu program Speed Reading, program kemahiran pencarian maklumat dan program Pengurusan Sistem Maklumat. Ketiga-tiga program ini dirasakan amat bertepatan untuk dikongsi bersama komuniti Sungai Panjang agar manfaat dapat diraih bersama. 

Beberapa situasi turut dikongsi oleh YB Dato' Mohd Imran mengenai kemahiran pengurusan maklumat yang cekap. Antara kemahiran yang dirasakan perlu diterapkan dalam komuniti adalah kemahiran pencarian maklumat, teknik pengindeksan dan aplikasi teknologi maklumat. 

Sebelum kunjungan berakhir, YB Dato' Mohd Imran telah menyatakan persetujuan awal untuk bersiaran secara langsung dalam program Live@PTAR sempena sambutan Hari Belia Negara yang disambut setiap tahun pada bulan Mei. 

Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan (kiri) dan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor YB Dato' Mohd Imran Tamrin

Perkongsian model UiTM Digital Library 

Suasana perbincangan sewaktu Kunjungan Hormat 

Encik Shahril Afendi bin Ahmad Shah, staf Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sg. Panjang

Puan Rosnah binti Samiran (kiri) dan Encik Muhammad Solleh bin Mohd Nasir, staf PKM DUN Sg. Panjang
Cenderamata daripada Presiden Majlis Belia Negeri Selangor kepada PTAR



Share:

Wednesday 8 March 2023

Lawatan Tanda Aras Perpustakaan UTEM

                  
Shah Alam, 8 Mac - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) amat berbesar hati menerima      lawatan tanda aras daripada Perpustakaan UTEM seramai lima orang iaitu dua orang Pustakawan Kanan, dua orang Pembantu Pustakawan Kanan dan seorang Penolong Jurutera seperti berikut:                                 
  1. Encik Hairulrizam bin Mohamed - Pustakawan Kanan                                                      
  2. Encik Mahadir bin Che Ali - Pustakawan Kanan                                                                   
  3. Encik Ahmad bin Abu Bakar - Pembantu Pustakawan Kanan                                               
  4. Puan Siti Syahirah bini Ab. Rahim - Pembantu Pustakawan Kanan      
  5. Mohd Ikbar bin Abdul Jabbar - Penolong Jurutera                                              
Hadir bersama ialah staf  Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, Jabatan Pengurusan PTAR seramai  lima orang pustakawan seperti berikut:                                                                             
  1. Tuan Hj. Azizi bin Hj. Jantan - Ketua Timbalan Pustakawan 
  2. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli - Timbalan Ketua Pustakawan 
  3. Puan Nor Azwani binti Mohamad - Timbalan Ketua Pustakawan               
  4. Puan Siti Aishah Sadan - Pustakawan Kanan                                          
  5. Cik Laily Hafidzun Sukri - Pustakawan 

Lawatan yang telah berlangsung selama satu hari ini bertujuan perkongsian kepakaran dan pengalaman PTAR dalam aspek perancangan strategik dan dasar. 

Puan Nor Azwani (dua dari kanan), Ketua Bahagian Dasar & Perancangan Strategik PTAR

Ts. Hj. Azizi (kanan) menyerahkan cenderamata dan buku profil PTAR kepada En. Hairulrizam 





Share:

Program Bersama Fulbright Specialist, Paula Lackie


Shah Alam, 8 Mac 2023 - Bersempena lawatan Ms. Paula Lackie, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Program Bersama Fulbright Specialist di Bilik Seminar, PTAR.  Mengiringi Ms Paula Lackie ialah Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM cawangan Negeri Sembilan iaitu Dr. Wahidah Mohd Zain dan Dr. Zahril Shahida Ahmad. 

Lawatan Ms. Paula Lackie ke PTAR merupakan antara aktiviti yang telah dirancang oleh penganjur program International Symposium on Open Science for Information Professionals yang diadakan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). 

Program Bersama Fulbright Specialist, Paula Lackie anjuran PTAR bermatlamat sebagai perkongsian maklumat dan pengalaman mengenai Sains Terbuka (Open Science) dan pengurusan hasil data penyelidikan (Research Data Management-RDM)

Program yang berlangsung selama dua jam ini telah dihadiri oleh Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan bersama-sama 46 orang Pustakawan UiTM secara bersemuka. 

Menerusi ucapan alu-aluannya, Tuan Ts Hj. Azizi mengalu-alukan kehadiran dan kesudian Ms. Paula Lackie berkunjung ke PTAR sambil berkongsi pengetahuan beliau bersama Pustakawan UiTM. Tambah beliau lagi, konsep Sains Terbuka dan pengurusan hasil data penyelidikan kini semakin menjadi perhatian dan PTAR telah memulakan inisiatif dengan menganjurkan siri program kesedaran (awareness) dan pembangunan bakat. 

Berikutnya, Timbalan Ketua Pustakawan Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria menyampaikan ucapan mengenai inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan oleh PTAR seperti portal Open Access Discovery, portal Open Educational Resources dan Research Data Sharing. Menerusi program ini, beliau turut berkongsi  berkenaan kaedah pelaksanaan Sains Terbuka di PTAR. 

Ms. Paula Lackie memulakan ucapannya mengenai situasi global dan konsep "keterbukaan" dalam penyelidikan dan penerbitan. Galakan terhadap perkongsian data dan maklumat semakin menjadi budaya dalam dunia penyelidikan hari ini. Beliau turut berkongsi mengenai faedah yang akan diperoleh daripada pembudayaan perkongsian maklumat penyelidikan antaranya bidang perubatan yang berupaya mempercepatkan tempoh masa penghasilan vaksin. Perkongsian Ms. Paula Lackie yang berjudul "What is 'Open' about Open Science" telah menarik lebih 16 soalan daripada para peserta yang hadir pada pagi itu. 

Rakaman program ini boleh ditonton di saluran YouTube Perpustakaan UiTM menerusi pautan https://bit.ly/3ZPKSre .

Wakil Pengurusan Eksekutif PTAR bersama Ms Paula Lackie (tengah).

Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan sewaktu menyampaikan ucapan alu-aluan. 

Timbalan Ketua Pustakawan Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria sewaktu perkongsian inisiatif PTAR. 

Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan (kanan) dan Ms. Paula Lackie

Ms. Paula Lackie sewaktu menyampaikan perkongsian mengenai Sains Terbuka

Encik Ahamad Zuber Mohamed (kanan) menyampaikan cenderamata tanda penghargaan.









Share:

Labels

Total Pageviews