Sunday 8 October 2023

Penglibatan JAU PTAR di JO ITM Heritage Walk 2023

PETALING JAYA, 8 Oktober 2023 - Jabatan Arkib Universiti (JAU), Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam telah mengadakan pameran sempena program "JO ITM Heritage Walk" anjuran Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM Shah Alam. 

Program ini dianjurkan untuk mengingatkan orang ramai tentang kewujudan Institiut Teknologi MARA (ITM) Jalan Othman, Petaling Jaya dan individu-individu yang berkaitan dengan perkembangannya seperti kakitangan dan pelajar perintis.  

Disamping itu, program berjalan kaki yang julung kali diadakan mampu menggamit nostalgia tempat-tempat bersejarah yang sering dilalui sewaktu berkhidmat mahupun menyambung pengajian di ITM Jalan Othman.   

Lebih menarik lagi, perjumpaan perdana secara bersemuka dikalangan kakitangan dan pelajar kumpulan perintis tahun 1965-1977 ITM Jalan Othman telah mengukuhkan kembali ikatan silaturahim yang terbina sejak sekian lamanya. 







Graduan RIDA tahun 1961

Duduk dari kiri: Maimunah Abdullah (1962-1964), Dato' Ridzuan Abdul Halim, Ami Mohd Salleh (1961-1964), Dato' Seri Mohamed Abid, Mohd Kassim Salleh, Mariam Ismail
(Sumber: Mariam Ismail) 

Hari Graduasi Dewan Latehan RIDA bertarikh 19 Disember 1964. Y.A.B. Tun Abdul Razak bersama kakitangan dan graduan. Encik Basha Merican (Pengetua Dewan Latehan RIDA bagi tempoh Jun 1963 hingga Jun 1965) duduk disebelah kiri Tun Abdul Razak. 
(Sumber: Buku 'Shaping a Dream From Dewan Latehan RIDA to Universiti Teknologi MARA 
1956-1999' terbitan tahun 2000) 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews