• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Wednesday 31 May 2023

Lawatan SK Tunku Mahmood 2, Kluang di PTAR, Shah Alam


Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam mengalu-alukan kunjungan kumpulan guru dan murid seramai 44 orang seperti ketetapan berikut:

Tarikh

:

30 Mei 2023 (Selasa)

Masa

:

11:00 pagi

Tempat

:

Perpustakaan Tun Abdul Razak,

Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS),

 

 

UiTM Shah Alam.

Bilangan Peserta

:

40 orang murid dan 4 orang guru.

Kelab Bimbingan & Kerjaya,

Unit Bimbingan & Kaunseling 

Sek. Keb. Tunku Mahmood 2, Kluang Johor 


Juruiring PTAR ialah Puan Siti Salwa A. Rahman, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan. 









Share:

Tuesday 30 May 2023

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh ke PTAR


PTAR telah menerima lawatan Pasukan Audit bagi Penilaian Akreditasi Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media seperti ketetapan berikut: 

Tarikh : 30 Mei 2023 (Selasa) 
Masa : 9:30 pagi hingga 11:30 pagi
Tempat : Bilik Seminar, PTAR 

Seramai 5 orang staf PTAR terlibat membantu penilaian pasukan Audit tersebut: 
  1. Encik Ahamad Zuber Mohamed - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Jabatan Perpustakaan Digital (Pengerusi)
  2. Puan Siti Salwa A.Rahman - Pustakawan Kanan, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
  3. Encik Muhammad Zaidie Bardan - Pustakawan Kanan, PTAR Sains & Teknologi (Ahli) 
  4. Puan Nor Hafizah Md Hanafiah - Pustakawan Kanan, Bahagian Sokongan Penyelidikan (Ahli) 
  5. Puan Siti Aishah Sadan (Pustakawan Kanan, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik 














Share:

Lawatan tapak Jabatan Penerangan Negeri Selangor

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima kunjungan Jabatan Penerangan Negeri Selangor (JAPEN) pada 30 Mei 2023 jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.  

Tujuan kunjungan JAPEN adalah lawatan tapak ruang dalaman PTAR bagi penganjuran program kolaborasi antara PTAR dan JAPEN dalam masa terdekat. Ruang dalaman PTAR yang telah dilawati adalah seperti berikut: 

  1. Library Community Engagement (LCE) 
  2. Learning Common (LC) 
  3. Electronic Resources Zone (ERZ) 
  4. Experiental Learning Space (ELS) 
  5. Ruang Media 
  6. Ruang Bicara 
  7. Bilik Seminar
  8. Pusat IT 

Kumpulan staf PTAR adalah daripada Bahagian Korporat & Kolaborasi (BKK) seperti berikut: 

  1. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli - Timbalan Ketua Pustakawan 
  2. Puan Zuhaslinda Sulaiman 
  3. Puan Asmah Sabtu 

Kumpulan staf JAPEN seramai 5 orang terdiri daripada: 

  1. Encik Muhammad Faiz Amzar Mohd Arif - Penolong Pengarah 
  2. Mohd Ariff Ishak 
  3. Encik Mohd Zulkhairi Rahim 
  4. Wan Rizal Wan Abd Aziz
  5. Ku Mohd Hafis Ku Mansor 
Untuk rekod, PTAR telah melakukan kunjungan hormat ke atas JAPEN pada 28 Mac 2023. 

Lawatan tapak berakhir pada jam 12:00 tengah hari. 








Share:

Perbincangan Halatuju Kawalan Plagarism UiTM dan Penambahbaikan Proses

 


Perbincangan kali kedua diadakan pada 30 Mei 2023 bertempat di Aras 5 Bangunan Sarana Pejabat IPSIS UiTM. Perbincangan ini dihadiri oleh Ts. Dr. Syamsul Pengarah BPPA dan Dr. Khairul IPSIS. Manakala pegawai PTAR dihadiri oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan dan Pn Aznur Umiza. Perbincangan berlangsung lancar dengan melihat halatuju kawalan plagarism Universiti dan penambahbaikan proses pengurusannya.



Share:

Monday 29 May 2023

Pelajar tahun akhir FSG lakukan kajian lapangan sistem pendingin hawa PTAR


Seramai 34 orang pelajar sarjana muda, Fakulti Sains Gunaan (FSG) dengan diiringi pensyarah pengiring Dr. Tay Chia Chay telah melakukan kajian lapangan sistem pendingin hawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) pada 25 Mei 2023 hari Khamis bermula jam 11:00 pagi. 

Penolong Jurutera (Awam) PTAR Encik Shaiful Akhuan Mohd Jusoh telah memandu para pelajar dan pensyarah melawat dua lokasi penting iaitu bilik AHU dan sistem Chiller Plant yang terdapat di PTAR bagi mempelajari tentang bagaimana pendingin hawa beroperasi.  

Selama hampir lima jam para pelajar diberi taklimat dan merasai pengalaman sebenar operasi sistem penghawa dingin dalam bangunan PTAR setinggi 5 tingkat ini. 










Share:

Pameran buku Pustakawan Kanan PTAR di Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Selangor


Minat yang mendalam terhadap pengumpulan naskah Melayu lama telah mendorong Pustakawan Kanan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Encik Abdul Razak Abdul Rahman menerbitkan 5 judul buku susunan beliau dan dipamerkan selama dua hari di Festival Bahasa dan Sastera peringkat negeri Selangor pada 27 dan 28 Mei 2023. 

Turut dipamerkan koleksi peribadi beliau terbitan awal abad ke-20 yang amat jarang diketahui oleh masyarakat umum. 

Disamping buku koleksi peribadi, reruai PTAR turut mempromosikan aplikasi Mobile App@UiTM Library, kemudahan ruang, keahlian luar, koleksi terkini dan program Read@UiTM. 

Seramai enam orang staf PTAR telah terlibat seperti berikut: 

  1. Puan Siti Salwa A. Rahman 
  2. Encik Mohd Zaidie Bardan 
  3. Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad
  4. Encik Muhammad Farid Zulhilmi Zulkafli
  5. Encik Mohd Suhaimi Azman 
  6. Encik Mohamad Fairuz Abdul Rahim




















Share:

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews