Friday, 3 November 2023

PTAR meraikan pelantikan Naib Canselor UiTM ke-7



Setinggi tahniah buat YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-7 berkuatkuasa 2 November 2023 hingga 1 November 2026 bagi tempoh 3 tahun. 

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyerahkan watikah pelantikan Naib Canselor baharu UiTM YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin dengan disaksikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman di Kementerian Pendidikan Tinggi pada 2 November 2023. 

Biodata ringkas YBhg. Naib Canselor:
  1. Berusia 55 tahun
  2. Ijazah Sarjana Muda dan  Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan dari Purdue Univerity West Lafayette, Amerika Syarikat
  3. Doktor Falsafah dalam bidang Pemprosesan Selari (Parallel Processing), University of Sheffield, United Kingdom 
  4. 2014-2018: Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  5. 2013: Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) 
  6. Profesor Kanan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTeM
  7. Berpengalaman dalam hal ehwal pentadbiran di beberapa institusi swasta antaranya Universiti Multimedia (MMU) dan Kolej Yayasan Melaka
Antara intisari ucapan beliau sewaktu Majlis Menyambut Naib Canselor UiTM ke-7
  1. Sifat taqwa individu kepada Maha Pencipta. 
  2. Mengutamakan ilmu sebagai wadah perubahan.
  3. Mengutamakan tabiat membaca sebagai sumber ilmu. 
  4. Mengutamakan jatidiri bangsa Melayu. 
Naib Canselor UiTM ke 6 YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor yang dilantik selama 2 tahun iaitu sejak 9 Ogos 2021 telah berakhir pada 11 Oktober 2023. Berikutnya YBhg. Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman telah menjalankan tugas sebagai Naib Canselor UiTM bermula 12 Oktober 2023 sehingga pelantikan Naib Canselor UiTM yang baharu. 

Seluruh warga kerja Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) merasa gembira di atas pelantikan Naib Canselor UiTM ke-7. 

Kiri: YBhg. Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman menyerakan Nota Serahan Tugas kepada YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin dengan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose (tengah). 

Sumber: YouTube UiTM Channel: Majlis Menyambut Naib Canselor UiTM ke-7







Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews