Tuesday, 24 October 2023

Program Seni dan Bahasa


SHAH ALAM, 18 Oktober 2023 - Mengangkat martabat seni dan bahasa bangsa Melayu. Itu matlamat penganjuran Program Seni dan Bahasa yang diadakan pada 18 Oktober 2023 hari Rabu. 

Seramai 50 orang peserta telah memenuhi ruang Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam bagi memupuk kesedaran dan minat mahasiswa mahasiswi UiTM mengenai keindahan seni tulisan Khat Jawi, seni illuminasi Al-Quran dan perkembangan Bahasa Melayu moden. 

Dalam program yang sama, telah diadakan majlis Perasmian Penutup Program Seni dan Bahasa beserta Penyampaian Hadiah Pertandingan Seni Khat Jawi yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Nurul Julia Alani Henry, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah. Menerusi ucapannya, YBrs. Puan Nurul Julia mendorong para mahasiswa mahasiswi UiTM agar membudayakan penggunaan tatabahasa yang betul ketika bertutur mahupun berucap dalam Bahasa Melayu. Menurut beliau, penggunaan bahasa campur (bahasa Inggeris dan bahasa Melayu) akan memudarkan keindahan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. 

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan. Dalam ucapannya, YBrs. Tuan Ts. Haji Azizi menyatakan bahawa perpustakaan menyokong program memartabat seni dan budaya bangsa sementelah PTAR mempunyai Repositori Khazanah Melayu sebagai sistem penyimpanan ilmu warisan bangsa. 

Program berakhir jam 1:00 petang. 















Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews