Friday 20 October 2023

Kehilangan Bekas Peneraju PTAR Puan Hajah Paiza Idris


Al-Fatihah buat Allahyarhamah Hajah Paiza Idris 

Seluruh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA turut berdukacita atas kehilangan tokoh utama dalam sejarah PTAR iaitu Allahyarhamah Hajah Paiza Idris pada 
20 Oktober 2023 bersamaan 5 Rabiul Akhir 1445H hari Jumaat. 

Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan telah hadir di Surau Seksyen 6, Shah Alam sekitar jam 12:00 tengah hari bagi memberi penghormatan terakhir buat bekas Ketua Pustakawan ke-4 UiTM yang telah memimpin warga PTAR selama 5 tahun (1 Julai 2003 hingga 9 Jun 2008). 

Didoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews