• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Wednesday 24 April 2024

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024 PTAR

Isnin, 
13 Syawal 1445H,
22 April 2024M:

Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTAR UiTM Shah Alam telah diadakan pada: 

Tarikh: 22 April 2024 (Isnin) 
Masa: 12:00 tengah hari
Tempat: Aras 3, PTAR 

Cahaya Ramadan berlalu pergi, 
    Menyambut tibanya Aidilfitri, 
Ampun dan maaf setulus hati, 
    Semoga ikatan kekal dihati. 

Jabatan Perpustakaan Digital

Jabatan Sumber Rujukan Universiti

Jabatan Arkib Universiti

Jabatan Pengurusan Perpustakaan

Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan

Kelab PUTRA







Share:

Pameran Sejarah Penubuhan 39 Perpustakaan UiTM

Isnin, 
13 Syawal 1445H,
22 April 2024M:

Setelah 68 tahun, buat julung kalinya sejarah penubuhan 39 buah Perpustakaan UiTM dipamerkan di Galeri PTAR.

Lebih istimewa, Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib merupakan individu pertama melawat pameran bersejarah ini secara rasmi. 

Lawatan oleh Datuk Naib Canselor UiTM ke-7 selama 30 minit yang berlangsung pada 22 April 2024 telah memberi satu kenangan manis buat seluruh warga Perpustakaan UiTM. 

Pameran Sejarah Penubuhan 39 Perpustakaan UiTM anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam menghimpunkan keunikan penubuhan 39 buah Perpustakaan UiTM. 

Sudah pasti, penubuhan Perpustakaan UiTM bermula daripada kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu seperti Tun Abdul Razak dan Tun Arshad Ayub yang mahu mengangkat martabat bangsa melalui ilmu. 

Justeru, perpustakaan RIDA telah ditubuhkan seawal tahun 1956 seiring dengan pelaksanaan program-program terawal ketika itu. Oleh kerana itu, kebanyakan koleksi terawal perpustakaan UiTM adalah tentang Buku Simpan Kira, Perniagaan, Bahasa Inggeris, Perdagangan, Jurutaip dan Keusahawanan. 

Di awal penubuhannya, kebanyakan bangunan perpustakaan UiTM adalah dalam sebuah bangunan yang dikongsi bersama pusat Akademik dan pusat Pentadbiran. 

Malah pada tahun 1974 lokasi asal perpustakaan UiTM cawangan Perlis kampus Arau adalah berbeza iaitu di Kangar manakala perpustakaan ditempatkan di rumah-rumah kayu yang dikongsi bersama pejabat-pejabat dan bilik-bilik kuliah yang lain. Itulah antara keunikan perpustakaan di awal penubuhannya. 

Jika dibandingkan dengan situasi hari ini amat berbeza sekali apabila kesemua Perpustakaan UiTM mempunyai bangunan perpustakaannya sendiri. 

Turut dipamerkan adalah peralatan perpustakaan yang akan membuatkan para pelawat mengimbau kenangan dulu-dulu di perpustakaan sewaktu bergelar pelajar. 

Sebagai contoh Kabinet Fail Kayu yang dahulunya berfungsi menyimpan kad katalog, kad keahlian perpustakaan dan kad tajuk pengarang. 

Kenangan ketika menunggu giliran menggunakan kad katalog bersama pelajar berlainan pengajian, bahasa dan budaya sudah tentu mempunyai seribu satu cerita yang harus dikongsi bersama generasi kini. Bukan itu sahaja, cabaran sebagai pengurus maklumat perpustakaan sewaktu di era 60-an hingga 90-an pasti mempunyai kisah tersendiri. 

Itu baharu bahan buku. Belum lagi kisah mencari dan mengurus bahan bukan buku seperti mikrofiche, mikrofilm, kaset audio dan kaset video. 

Sudah pasti pengalaman sebegini harus diceritakan kembali, direkod dan dipaparkan buat tatapan ramai disebabkan nilai pengetahuannya kerana tidak ramai di luar sana berpeluang mempunyai pengalaman tersebut. 

Pameran Sejarah Penubuhan 39 Perpustakaan UiTM di Galeri PTAR sedang dibuka untuk tontonan warga UiTM dari jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang tahun 2024. 





















Share:

Tuesday 23 April 2024

Majlis Perasmian Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja

Isnin, 
13 Syawal 1445H,
22 April 2024M:

Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM (PTAR) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Risiko Psikososial Tempat Kerja pada: 

Tarikh: 22 April 2024 (Isnin)
Masa:9:30 pagi 
Tempat: Ruang LCE, PTAR 

Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib telah sudi menyempurnakan majlis perasmian di hadapan hampir 80 orang yang terdiri daripada Presiden MITASA YBrs. Saharuddin Lin dan Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi Haji Jantan. 

Profesor Datuk Dr. Shahrin menyatakan penganjuran program Saringan Psikososial Tempat Kerja adalah bertepatan dengan waktunya berikutan trend gangguan psikologi ditempat kerja semakin meningkat. Justeru, warga UiTM digalakkan merebut peluang ini bagi menjamin kesihatan mental individu. 

Majlis berakhir jam 1:00 petang. 


Tetamu kehormat

Sebahagian pelajar yang hadir. 

Pengacara majlis Puan Siti Salwa A. Rahman, Pustakawan Kanan PTAR


Pembaca doa Ustaz Mohammad Shaffiaizad Amar, Penolong Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI)

Ucapan aluan YBrs Ts Haji Azizi Haji Jantan


Ucapan Presiden MITASA YBrs. Encik Saharuddin Lin

Ucapan perasmian Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib

 Taklimat program Saringan Risiko Psikososial oleh Pengarah Program Dr. Muhammad Ghazali Matsuri 



Kaunter Bank Islam

YBhg. Datuk Naib Canselor UiTM beramah mesra bersama staf PTAR.




Share:

Labels

Total Pageviews