Sunday 4 September 2022

Mengiringi Lawatan Kerja Ketua Pustakawan UiTM ke Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) Cawangan Johor Kampus Segamat

Ketua Jabatan Transformasi dan Governan Perpustakaan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan telah mengiringi Ketua Pustakawan UiTM En Jamalludin bin Hj Sulaiman untuk lawatan kerja beliau ke Perpustakaan Tun Dr. Ismail Cawangan Johor Kampus Segamat pada 4 September 2022.



Barisan Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Johor telah menyambut ketibaan Ketua Pustakawan UiTM yang diketuai oleh Pemangku Rektor iaitu Prof. Madya Dr. Akmal Aini bt. Othman. Terima kasih tidak terhingga atas sambutan yang diberikan dan juga pengiktirafan oleh pengurusan kampus tentang peranan dan perkhidmatan yang diberikan oleh warga kerja Perpustakaan Tun Dr. Ismail UiTM Cawangan Johor kepada pengguna Perpustakaan sangat baik


Sesi Lawatan ke Pameran Mahkota Jauhar Junjungan Negeri Johor. Warga kampus boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sejarah dan pembangunan negeri Johor di bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor


Lawatan ini disusuli perjumpaan dan taklimat oleh Ketua Pustakawan UiTM kepada staf PTDI. Ucapan yang berkisarkan tentang halatuju dan perubahan yang perlu dilakukan oleh warga Perpustakaan UiTM dalam mencapai GRU2025 UiTM.


Sesi petang pula Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan telah memberikan penerangan lebih lanjut tentang halatuju GRU2025 Perpustakaan UiTM bertempat di Bilik Trading Room CIMB. Perpustakaan ini bertuah mempunyai bilik CGS CIMB Trading Room yang dibiayai oleh CIMB bagi pelajar-pelajar mempelajari tentang  ilmu Sell dan Buy. Penerangan ini penting untuk staf memahami aspirasi dan perubahan yang akan berlaku menjelang GRU 2025 Perpustakaan UiTM.


Terima kasih kepada CEO -CGS CIMB Pn Ruzi Rani Ajith yang membuat lawatan pada 5 Julai 2022 yang lalu. Terima kasih tidak terhingga atas kerjasama yang terjalin ini dan memberikan sumbangan bermakna kepada para pelajar untuk penggunaan kemudahan yang terbaik ini.


Semoga warga kerja Perpustakaan Tun Dr. Ismail dapat memahami aspirasi tersebut dan bersedia bersama-sama melaksanakan perancangan yang telah diatur






Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews