Tuesday 10 October 2023

Gerakan PTAR sempena Program Gotong Royong Perdana UiTM



SHAH ALAM, 29 September 2023 - Seramai 100 orang terdiri daripada staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan pelajar Latihan Industri telah terlibat dalam Program Gotong Royong Perdana UiTM anjuran Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur (PPII) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Pelajar Latihan Industri di PTAR yang terlibat ialah: 
    1. Nur Wafa Wardina binti Abdul Khalid - UNISEL 
    2. Nur Farzana binti Zaidi - UNISEL
    3. Siti Aisah binti Mat Yaacob - APB, UiTM 
    4. Ain Zumirrah binti Ahmad - APB, UiTM 
    5. Nur Alya Ulfah binti Samsu - KPIM (IM), UiTM 
    6. Nur Farzanah binti Nur Muazzam Syah - KPIM (IM), UiTM kampus Puncak Perdana 
    7. Nurin Azra Syazreena binti Mohamad - KPIM (IM), UiTM kampus Puncak Perdana 
    8. Siti Sarah binti Zulkefle - KPIM (IM), UiTM kampus Rembau
    9. Muhammad Zulhilmi bin Zaharin - KPIM (IM), UiTM kampus Rembau
    10. Ilyana Afiqah binti Mohd Zin - KPIM (IM), UiTM kampus Rembau
    11. Mohamad Sabri bin Mad Nor - UPM
    12. Nur Anis Asyikin binti Asmawi - KPIM (IM), UiTM kampus Segamat
Dengan tema "Kita, Kampus dan Alam", kumpulan gotong royong ini telah bersama-sama membersih, mengecat dan memperindah ruang di kesemua lima aras dalam dan luar PTAR, PTAR Undang-Undang (PUU), PTAR Kejuruteraan (PKEJ), PTAR Sains & Teknologi (PST) dan PTAR Alam Bina (PAB).

Program di PTAR bermula seawal jam 8:30 pagi dengan sesi taklimat mengenai pembahagian tugas, kumpulan dan peralatan pembersihan oleh Pengerusi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Encik Mohd Alfarabie bin Mohd Nasir.

Setelah itu, Encik Muhammad Amirul bin Mohd Desa telah mengetuai kumpulan staf PTAR dengan melalukan senaman regangan badan untuk menghangatkan suasana Program Gotong Royong Perdana UiTM yang berakhir jam 12:15 tengahari.

Manakala pada jam 9:00 pagi, Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan bersama-sama kumpulan Pengurusan Eksekutif UiTM telah berhimpun di Dewang Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM bagi menyaksikan majlis Perasmian Gotong Royong Perdana UiTM yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose.

Sejurus selesai program gotong royong, UiTM telah menerima pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBR) menerusi Program Gotong Royong Perdana "Kita, Kampus dan Alam' yang diadakan serentak di 34 kampus universiti serta merekodkan penyertaan terbesar seramai 35,685 orang terdiri daripada kakitangan, pelajar dan orang awam. Penyerahan sijil MBR telah disampaikan oleh wakil MBR Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi kepada Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd Janor.

Untuk rekod, UiTM telah mencatat sejarah sebanyak 11 kali pengiktirafan oleh MBR sejak tahun 2002 seperti yang di nyatakan oleh Naib Canselor UiTM.  

Oleh: Asmah binti Sabtu 
Kredit foto: Jawatankuasa EKSA 2023-2025


Barisan  hadapan: Pelajar Latihan Industri 






















Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews