• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Wednesday 31 January 2024

Sesi Libat Urus Halatuju Skim Pustakawan, Penolong Pustakawan, Pembantu Pustakawan dan Pembantu Pemuliharaan

Satu Kajian Skim Perkhidmatan Pustakawan, Penolong Pustakawan, Pembantu Pustakawan dan Pembantu Pemuliharaan dalam Perkhidmatan Awam telah diadakan pada 31 Januari 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Perpustakaan USIM, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai,    Negeri Sembilan

Agenda yang dibincangkan adalah memahami skop fungsi tugas skim perkhidmatan  Pustakawan, Penolong Pustakawan, Pembantu Pustakawan dan Pembantu Pemuliharaan, Mengenal pasti maklumat Jawatan Isi Kosong/penyandang sedia ada, Membincangkan isu dan perancangan/hala tuju skim perkhidmatan. Sesi ini dihadiri oleh Ketua Pustakawan UiTM, USIM dan UKM serta Bahagian Perjawatan dan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam





Share:

Tuesday 30 January 2024

Perbincangan Ziarah Industri PTAR

Isnin, 
17 Rejab 1445H, 
29 Januari 2024:

Inisiatif kolaborasi antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Pusat Pengajian Sains Maklumat terus diperkasa menerusi perbincangan Ziarah Industri yang diadakan seperti berikut: 
Tarikh:     29 Januari (Isnin) 
Masa:       2:30 petang - 4:30 petang 
Lokasi:     Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Pengajian Sains Maklumat, KPPIM Kampus Puncak
                 Perdana, Shah Alam. 

Objektif perbincangan ini adalah bagi melawat Experimental Library dan Preservation Lab di UiTM kampus Puncak Perdana. 

Wakil PTAR: 
  1. Ts. Haji Azizi Haji Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan) 
  2. Hani Liza Norfin (Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan) 
  3. Noor Hayati Abu Kassim (Ketua Bahagian Pengurusan Arkib, Jabatan Arkib Universiti)
  4. Shahidatul Akhmam Rambeli (Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi) 
Wakil Pusat Pengajian: 
  1. Dr. A'dillah Mustafa (Koordinator Bidang Pengurusan Perpustakaan) 
  2. Dr. Nurussobah Husin (Koordinator Bidang Pengurusan Rekod) 
  3. Profesor Madya Dr. Mad Khir Johari Abdullah Sani 
  4. Dr. Norshila Shaifuddin
  5. Dr. Wan Nor Haliza Wan Mokhtar 
  6. Jafalizan Md Jali 
  7. Mazwani Ayu Mazlan 
Kandungan perbincangan: 
  1. Experimental Library akan dilaksanakan di PTAR UiTM kampus Puncak Perdana sebagai medan mempelajari dan mempraktikkan pengetahuan pelajar tentang perkhidmatan perpustakaan.
  2. Pelaksanaan Teaching Library akan melibatkan 2 subjek iaitu subjek teori di puncak perdana dan subjek praktikal di PTAR dan Jabatan Arkib Universiti (JAU).
  3. Penganjuran program kolaborasi antara PTAR dan Pusat Pengajian Sains Maklumat yang menfokuskan program khidmat masyarakat dalam konteks literasi maklumat. 
Dari kanan: Tuan Ts Haji Azizi Haji Jantan, Hani Liza Norfin, Noor Hayati Abu Kassim dan Dr. Md Khir Johari Abdullah Sani. 

Dari kanan: Dr. Wan Nor Haliza Wan Mokhtar, Jafalizan Md Jali, Mazwani Ayu Mazlan, Dr. Nurussobah Husin, Dr. A'dillah Mustafa dan Dr. Norshila Shaifuddin














Share:

Monday 29 January 2024

Sesi Libat Urus Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam (JKPUA) Bersama Konsultan National Digital Library

Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji kebolehlaksanaan pembangunan dan pelaksanaan Infrastruktur Ilmu (Knowledge Infrastructure) di peringkat nasional bertempat di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaya bagi tujuan menyokong pendidikan tinggi, penyelidikan, dan pemeliharaan budaya. Perpustakaan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan NKI.  tentang kesiapsiagaan (preparedness) perpustakaan universiti awam dalam pembangunan NKI. 






Share:

Wednesday 24 January 2024

Ziarah Staf: Encik Abdul Muhsin


Rabu, 
12 Rejab 1445H, 
24 Januari 2024: 

Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan telah meluangkan masa menziarahi Encik Abdul Muhsin bin Abd Rasid di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. 

Lawatan yang diadakan pada jam 1:00 petang ini bertujuan memberi sokongan buat Encik Abdul Muhsin yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang bekerja pada jam 5:30 petang, 20 Januari 2024 hari Sabtu. Beliau kini sedang di rawat di Wad 1B katil nombor 39. 

Terdahulu, Jabatan Pengurusan Perpustakaan telah mengeluarkan hebahan menerusi emel bertarikh 22 Januari 2024 hari Isnin memaklumkan mengenai musibah yang melanda staf Perpustakaan Sains dan Teknologi (PST) ini. 

Seluruh warga PTAR mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan buat Encik Abdul Muhsin sekeluarga. 



Share:

Thursday 18 January 2024

Siri Kedua Perbincangan PTAR dan KPPIM



Khamis, 
6 Rejab 1445H, 
18 Januari 2024: 

Siri kedua perbincangan antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) telah berlangsung seperti berikut: 

Tarikh:     18 Januari 2024 (Khamis) 
Masa:       9:30 pagi 
Tempat:    Bilik Mesyuarat, PTAR

PTAR diwakili oleh: 

  1. Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan
  2. Hani Liza Norfin
  3. Shahidatul Akhmam Rambeli
  4. Nurul Aida Noor Azizi

 KPPIM diwakili oleh:

  1. Dr Husain Hashim - Ketua Pusat Pengajian
  2. Dr Mad Khir Johari Abdullah Sani
  3. Dr A'dillah Mustafa
  4. Dr Norshila Shaifuddin
  5. Dr Mohd Nizam Yunus
Intipati perbincangan bersama Pengajian Sains Maklumat KPPIM
  1. Kerjasama PTAR dalam Seminar KPPIM bersama Pustaka Negeri Sarawak pada 15 Februari 2024. Dato' Jaafar Sidek Hj Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia bersetuju untuk memberi syarahan utama.
  2. Projek rintis Teaching Library bermula semester Mac 2024 melibatkan 2 kursus: IML465 - Digital Reference Service dan IMR544 - Archive Management 7 Record. Kaedah pengajaran iaitu 1 jam teori di kolej pengajian dan 2 jam sesi praktikal di perpustakaan bagi setiap subjek yang berkaitan. 
  3. Volunteerism/ sukarelawan perpustakaan akan dipilih dikalangan briged sukarelawan UiTM seramai 300 orang. Latihan akan disediakan. 
  4. Program GLAMours anjuran Institut Kepimpinan Pelajar dengan kerjasama PTAR bermula Mac 2024 melibatkan keseluruhan pelajar semester 1 hingga 6 diadakan di perpustakaan UiTM seluruh cawangan. Aktiviti berfokuskan 3R (Royal, Religion, Race).
Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan

Dr Husain Hashim 

Dr A'dillah Mustafa (kiri) dan Dr Norshila Shaifuddin

Dari kiri: Dr Husain Hashim, Dr Mad Khir Johari Abdullah Sani, Dr A'dillah Mustafa dan Dr Norshila Shaifuddin

Share:

Wednesday 17 January 2024

Pameran Cerita Arca di PTAR



Rabu, 
5 Rejab 1445H, 
17 Januari 2024:  

Pameran Cerita Arca sedang berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) pada: 

Tarikh:     16 - 19 Januari 2024 (Selasa - Jumaat) 
Masa:       9:00 pagi - 4:00 petang
Tempat:    Ruang Bicara dan Ruang Legar PTAR

Manakala majlis perasmian Pameran Cerita Arca telah disempurnakan oleh Profesor Madya Ramlan Abdullah pada 17 Januari 2024 (Rabu) bertempat di hadapan Ruang Bicara. Hadir bersama Puan Hani Liza bin Norfin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR. 

Pameran ini anjuran Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dengan kerjasama PTAR. 

Pada 12 hingga 14 Julai 2023, KPSK telah mengadakan pameran Dokumentasi Art & Heritage Exploration Terengganu: Kairosclerosis yang berlangsung di ruang Galeri PTAR. 




















Share:

Labels

Total Pageviews