• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Friday 22 December 2023

Sumbangan Bank Makanan daripada Koperasi Kakitangan UiTM

 

SHAH ALAM, 22 Disember 2023 - Persatuan Perpustakaan UiTM (PUTRA) telah menerima sumbangan Bank Makanan bernilai RM1,000.00 daripada Koperasi Kakitangan UiTM seperti butiran berikut: 

Tarikh:     22 Disember 2023 (Jumaat) 
Masa:       10:00 pagi 
Lokasi:     Aras 3, PTAR.

Simbolik penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi Koperasi Encik Syahrudin bin Hanib kepada Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan.  Turut hadir Pengerusi PUTRA Encik Badle Shah bin Yahaya. 

Inisiatif Bank Makanan yang disediakan oleh PTAR sejak 7 Julai 2023 bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan warga UiTM. 


Dari kiri: Affian bin Dzulkifli, Badle Shah bin Yahaya, Encik Syahrudin bin Hanib, Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dan Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad. 

Share:

Thursday 21 December 2023

Mengurus Komunikasi Sewaktu Krisis Kesihatan Terburuk Negara

 

SHAH ALAM, 21 Disember 2023 - Ketokohan Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Noor Hisham Abdullah sewaktu mengendalikan krisis Covid-19 sememangnya amat dikagumi oleh ramai orang. Tidak ramai memiliki keupayaan menyampaikan maklumat dengan yakin dan bersahaja di hadapan ratusan wakil media sewaktu negara sedang dilanda krisis kesihatan global dan geopolitik.   

Memulakan perkongsian sewaktu program Siri Cakna Polisi yang diadakan di Ruang Bicara jam 10 pagi, Tan Sri telah berkongsi pengalaman beliau mengurus komunikasi, maklumat dan media dengan amat berkesan hingga menjadikan beliau orang ketiga dirujuk di dunia mengenai penularan semasa wabak COVID-19. 

Disamping saluran media massa, Tan Sri telah memanfaatkan sepenuhnya saluran sosial media sebagai alat komunikasi umum. Setiap hantaran akan dinilai kesahihannya, difahami secukupnya dan disampaikan dengan bahasa yang mudah agar mesej dapat diterima dengan berkesan. Tambah beliau, keupayaan teknologi masa kini telah membolehkan maklumat COVID-19 disebar dengan segera demi kesejahteraan umum. 

Menceritakan kembali detik peningkatan kes COVID-19 bermula dengan perhimpunan lebih 10,000 orang di Masjid Sri Petaling, perkongsian maklumat yang cepat dari rakan sejawatan di Brunei dan Indonesia telah berjaya mengekang penularan wabak dalam tempoh yang pantas. 

Memanfaatkan sepenuhnya pengalaman sebagai pakar bedah di beberapa buah negara, Tan Sri amat arif dalam melaksanakan dasar dan polisi perubatan terbaik negara. Dasar pencegahan dan kawalan telah terbukti berjaya menurunkan jumlah kes COVID-19 hingga negara menghentikan sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan pada 1 April 2021.

Program Cakna Polisi: Kronologi Satu Tahun Pertama COVID-19; Pengurusan Komunikasi dan Polisi adalah anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang diadakan di Ruang Bicara PTAR. 











Share:

Projek Rintis DDMS antara PTAR dan Pejabat Naib Canselor UiTM

PTAR dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor telah mengadakan perbincangan bagi memperkasa pengurusan fail dan rekod penting universiti secara bersepadu dan sistematik melalui inisiatif pembangunan sistem Digital Document Managament System UiTM. PTAR dan Pejabat Naib Canselor adalah PTJ menjadi Projek Rintis menggunakan Sistem ini berdasar kepada Standard Klasifikasi Fail Baharu UiTM yang telah diluluskan oleh Arkib Negara Malaysia.





Share:

Wednesday 20 December 2023

Tahniah! Perpustakaan UiTM raih 6 anugerah termasuk Juara AKNC (Bahagian, Pusat, Unit) tahun 2023


SHAH ALAM, 20 Disember 2023 - Perpustakaan UiTM telah diisytihar sebagai  Juara AKNC kategori Bahagian, Pusat, Unit sewaktu Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2023 yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) bermula jam 2:30 petang tadi. 

Dengan kemenangan ini, Perpustakaan UiTM telah membawa pulang sijil, trofi dan wang kemenangan bernilai tujuh ribu ringgit.

Dalam majlis yang sama, Perpustakaan UiTM turut meraih 5 anugerah mengikut kategori berikut: 

  1. Angerah Emas: Dr. Muslim Ismail@Ahmad, Pustakawan Kanan UiTM kampus Machang.
  2. Anugerah Khas Pentadbir PPUITM 2023: YBrs. Tuan Ts Noor Hidayat bin Adnan, mantan Ketua Pustakawan UiTM. 
  3. Juara Keseluruhan Kecemerlangan Operasi UiTM 2022: Perkhidmatan Rujukan OKU, UiTM cawangan Kedah
  4. Johan Kecemerlangan Operasi UiTM 2022: Perkhidmatan Rujukan OKU, UiTM cawangan Kedah
  5. Anugerah Saguhati Kecemerlangan Operasi: Pengurusan Bahan Arkib, UiTM Shah Alam 
Anugerah kemenangan telah disampaikan oleh Naib Canselor UiTM YBhg. Datuk Profesor Dr. Shahrin bin Sahib dan majlis telah berakhir jam 5:30 minit petang. 

Setinggi penghargaan buat semua staf PTAR yang telah mencurahkan sepenuh daya usaha sehingga meraih pengiktirafan di peringkat universiti. 

Trofi dan sijil kemenangan Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM cawangan Kedah. 

Encik Omar Zainol (dua dari kanan) menerima trofi dan sijil kemenangan bagi projek Perkhidmatan Rujukan OKU, UiTM cawangan Kedah

Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (dua dari kanan) menerima trofi dan sijil kemenangan bagi Pengurusan Bahan Arkib UiTM Shah Alam.  

Tuan Ts. Noor Hidayat bin Adnan mantan Ketua Pustakawan UiTM meraih Anugerah Khas Pentadbir, Persatuan Pentadbir UiTM 2023 

Dr. Muslim Ismail, Pustakawan Kanan UiTM kampus Machang meraih Anugerah Emas, Persatuan Pentadbir UiTM 2023 

Staf PTAR Shah Alam

Staf PTAR bersama bekas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Noor Hidayat bin Adnan (empat dari kanan). 
Share:

Tuesday 19 December 2023

Program Retreat Pengurusan Kanan UiTM Bersama Pengerusi LPU UiTM

Retreat Lembaga Pengarah Universiti telah diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh    : 19 Disember 2023 (Selasa) - 8.30 pagi hingga 10.30 malam
                 20 Disember 2023 (Rabu) - 7.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Institut Kepimpinan & Pembangunan (ILD)

                 Universiti Teknologi MARA
                 Lebuh Enstek, Bandar Enstek
                 71760 Nilai, Negeri Sembilan








 

Share:

Friday 15 December 2023

Doa staf PTAR buat Puan Norlilawati Mohd Shah


SHAH ALAM, 15 Disember 2023 - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Begitulah gambaran yang dirasai oleh lima orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ketika menziarahi Puan Norlilawati binti Mohd Shah pada 15 Disember 2023 hari Jumaat jam 1:14 petang di wad 8B katil 17, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM kampus Puncak Alam: 

  1. Nurul Nadiah binti Harun
  2. Norsaliha binti Mad Mudin
  3. Ili Kaiyisah binti Abdul Rahman 
  4. Reza Edwana binti Mokhtar
  5. Nik Nurshihah binti Muhamad
Dalam pertemuan itu telah disampaikan sumbangan oleh staf PTAR Shah Alam dan didoakan semoga Puan Norlilawati kembali sembuh. 

Puan Norlilawati telah terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang ditunggangi bersama suami Mohd Khairil Anuwar bin Mustakim telah bertembung dengan sebuah kereta di kilometer 63 Jalan Ipoh-Gerik dekat Liman Kati, Kuala Kangsar pada 4 Disember 2023 hari Isnin jam 5:20 petang. 

Nahas tersebut telah mengakibatkan Puan Norlilawati patah buku lali kiri manakala suaminya meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar.  

Pada 13 Disember 2023 hari Rabu, Puan Norlilawati telah selamat menjalani pembedahan di HASA dan kini dalam keadaan stabil. 

Puan Norlilawati merupakan Pembantu Pustakawan yang sedang berkhidmat di Perpustakaan UiTM kampus Rembau cawangan Negeri Sembilan. 
Share:

Wednesday 13 December 2023

Tahniah! Tiga orang staf PTAR naik pangkat ke gred N36, S26 dan S22



SHAH ALAM, 13 Disember 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengucapkan TAHNIAH kepada tiga orang staf atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Eksekutif Tertinggi (gred N36), Pembantu Pustakawan Tertinggi (gred S26) dan Pembantu Pustakawan Kanan (gred S22).

Tiga orang staf PTAR dan tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

1. Hajah Nor Asimah binti Mahmud - Pegawai Eksekutif Tertinggi (gred N36)

- Kuatkuasa 1 Oktober 2023
2. Herman bin Tanbeh         - Pembantu Pustakawan Tertinggi (gred S26)
                                                               - Kuatkuasa 1 September 2023
3. Zuraidah binti Md. Hassan - Pembantu Pustakawan Kanan (gred S22)
                                                                - Kuatkuasa 16 November 2023

Semoga tuan/ puan terus cemerlang dan sentiasa dirahmati. 

Share:

Tuesday 12 December 2023

Lawatan Tanda Aras Ke Pusat SDG Kuala Lumpur


SHAH ALAM, 12 Disember 2023 - Seramai 21 orang terdiri daripada staf sokongan dan staf profesional Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengikuti lawatan tanda aras ke Pusat SDG Kuala Lumpur seperti butiran berikut: 

Tarikh:         12 Disember 2023 (Selasa) 
Masa:           9:15 pagi hingga 12:15 tengah hari 
Penganjur:   Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, PTAR  

Lawatan tanda aras ke Pusat SDG ini bertujuan menanda aras piawaian pengurusan 17 Matlamat Pembangunan Mampan terutama daripada aspek struktur dan program. Taklimat di Pusat SDG telah disampaikan oleh Puan Norwahidah binti Abd. Wahid, Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).  

Bertempat di Jalan Raja Kuala Lumpur, Pusat SDG berfungsi sebagai pusat yang menghimpunkan inisiatif dan komitmen semua pihak dalam menggerak 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). 

Selain itu, Pusat SDG turut mempromosi kepada masyarakat Malaysia mengenai 17 matlamat  yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak September 2015 di New York, Amerika Syarikat. 

Staf PTAR yang mengikuti lawatan tanda aras ini adalah seperti berikut: 

      1. Encik Ahamad Zuber bin Mohamed - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
      2. Encik Ahmad Amiri bin Mohamad - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
      3. Puan Aznur Umiza binti Abu Kasim @ Abu Kassim - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
      4. Puan Hani Liza binti Norfin - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
      5. Dr. Hajah Adlina binti Abdullah - Timbalan Ketua Pustakawan
      6. Puan Azura binti Mohamad Hashim - Timbalan Ketua Pustakawan
      7. Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli - Timbalan Ketua Pustakawan
      8. Puan Nor Azwani binti Mohamad - Timbalan Ketua Pustakawan
      9. Puan Hanani binti Rojikin - Pustakawan Kanan
      10. Puan Norazlin binti Mohd. Yusof Pustakawan Kanan
      11. Puan Siti Salwa Binti A.Rahman - Pustakawan Kanan
      12. Puan Nurul Aida Binti Noor Azizi - Pustakawan Kanan
      13. Asmah Binti Sabtu - Pustakawan Kanan
      14. Puan Nur Azian Azis - Pustakawan Kanan
      15. Cik Laily Hafidzun Binti Shukri - Pustakawan
      16. Puan Wan Nur Khalidah Binti Wahed - Pustakawan
      17. Encik Badlee Shah Bin Yahaya - Ketua Pembantu Pustakawan
      18. Mohd Khairul Idzwan Bin Mohd Saad - Pembantu Pustakawan Tertinggi
      19. Puan Ili Kaiyisah Binti Abdul Rahman - Pembantu Pustakawan
      20. Cik Noorbaizura Binti Mazlan - Pembantu Pustakawan
      21. Encik Muhammad Fikree Bin Rahmat - Jurufoto 

Penyerahan cenderamata PTAR oleh Puan Nor Azwani binti Mohamad (kiri)

Puan Norwahidah binti Abd. Wahid

Share:

Academic Libraries in Society 5.0 Era : Challenges and Opportunities


Pihak Pusat Perkembangan Perpustakaan Negara Indonesia telah menjemput Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan sebagai pembentang bagi tajuk Academic Libraries In Society 5.0 : Challenges and Oppurtunities

 

Share:

Saturday 9 December 2023

Lawatan dari Rumah Anak-Anak Yatim Asnaf Al-Solihin

SHAH ALAM, 9 Disember 2023: Seramai 33 orang dari Rumah Anak-Anak Yatim Asnaf Al-Solihin yang terdiri daripada anak-anak yatim dan guru penyelia telah mengadakan lawatan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) seperti butiran berikut: 

Tarikh: 9 Disember 2023 (Sabtu)
Masa: 11:00 pagi 

Pustakawan Kanan Puan Siti Salwa Ab. Rahman telah memandu kumpulan pelawat sepanjang lawatan di PTAR. 

Kehadiran kumpulan pelawat di PTAR telah diiringi oleh kumpulan pelajar kelas Ko-kurikulum Khidmat Komuniti UiTM Shah Alam (HPD133A & HPD233D) sempena Karnival Semarak Siswa Madani & Sambutan Hari Sukarelawan Sedunia pada 9-10 Disember 2023 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC). 












Share:

Labels

Total Pageviews