• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Thursday 31 August 2023

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-66


Seluruh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengucapkan 
"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-66 Malaysia tahun 2023
dengan tema 
Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
bermaksud rakyat Malaysia yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu padu dan aman sejahtera". 
Share:

Wednesday 30 August 2023

Lawatan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Klang di PTAR

Sesi perbincangan antara Pegawai Pendidikan Puan Nurulhusna binti Yem dan Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi Haji Jantan telah diadakan seperti butiran berikut: 

Tarikh: 29 Ogos 2023 (Selasa) 
Masa: 4:00 Petang - 5:00 petang 
Tempat: Ruang Rehat PTAR 
Kehadiran: 4 orang 

Wakil PTAR yang turut serta dalam perbincangan tersebut: 

  1. Siti Salwa Binti A. Rahman
  2. Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad 

Puan Nurulhusna mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Klang (Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan) bagi membincangkan anugerah NILAM Daerah Klang tahun 2023. 


Share:

Jawatankuasa Bahan Sumber Terbuka Universiti Awam

Pada 30 Ogos 2023 berlangsung mesyuarat bersama Ketua Pustakawan dari USIM, UTHM, UUM, UTM, UPSI bagi menyediakan Kertas Kerja Cadangan Membangunkan Bahan Sumber Terbuka Universiti Awam



Share:

Tuesday 29 August 2023

Program Cuti Sekolah - Kursus ICT to U

 



SHAH ALAM, 29 Ogos 2023 – Sempena cuti sekolah penggal ke-2 bulan Ogos ini, Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan dan Kesejahteraan Staf (JAKES), Jabatan Infostruktur dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan Kursus ICT to U  di Makmal Komputer 1, PTAR.

Program bermula jam 8.25 pagi dengan ucapan aluan oleh YBhg. Prof. Dr. Hajah Hamidah Mohd Saman, Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Kejuruteraan merangkap Timbalan YDP 2 PEWANI.

Turut hadir menyerikan program ialah Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts Hj. Azizi Hj. Jantan.


Share:

Monday 28 August 2023

Taklimat Program Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (CDIM770) Mod FLP bersama wakil Pusat Pengajian Sains Maklumat



SHAH ALAM, 28 Ogos 2023 - Seramai 19 orang staf perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) terdiri daripada staf profesional dan staf sokongan telah mengikuti Taklimat Program Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (CDIM770) yang disampaikan oleh Dr. Norizan Anwar, Koordinator Pasca Siswazah. 

Taklimat yang diadakan secara dalam talian ini adalah sebahagian inisiatif PTAR ke arah 'Pembelajaran Sepanjang Hayat' dalam kalangan staf PTAR. Ia juga memberi pendedahan dan galakan buat staf PTAR mempertingkat pengetahuan dan kemahiran terkini yang menyumbang kepada perkembangan kerjaya. 

Share:

Thursday 24 August 2023

Seratus orang staf jayakan program PTAR MERDEKA


SHAH ALAM, 24 Ogos 2023 - Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 negara pada 31 Ogos 2023, seramai seratus orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menjayakan program PTAR MERDEKA yang diadakan di dua lokasi iaitu di dataran Menara Sultan Abdul Azis Shah (SAAS) dan ruang LCE, PTAR. 

Program yang  bermula jam 9:00 pagi dan diadakan selama empat jam bertujuan menyuburkan nilai-nilai kemerdekaan dalam diri warga PTAR.  




Tema Hari Kebangsaan Tahun 2023 adalah Tekad Perpaduan Penuhi Harapan diserikan dengan acara kemuncak program adalah menerusi segmen 'Bual Bicara Menyoroti Kemerdekaan' apabila menampilkan Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) Datuk (Dr.) Ghazali bin Dato' Mohd Yusoff sebagai panel program dan sudi berkongsi makna dan nilai sebenar kemerdekaan.  

Turut menyerikan acara sambutan PTAR MERDEKA ialah kehadiran Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi Haji Jantan.

'Melihat kehadiran ramai staf PTAR sepanjang program berlangsung, adalah diharap agar program sebegini dapat diadakan lebih kerap pada masa akan datang', luah beberapa orang staf PTAR yang ditemui. 

Aktiviti lain yang turut berlangsung adalah Aerobathon Merdeka, deklamasi puisi dan nyanyian lagu patriotik. 
































Share:

Tuesday 22 August 2023

Perbincangan Program CSR antara PTAR dan BHEI



SHAH ALAM, 15 Ogos 2023 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah diadakan satu perbincangan lanjut antara Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) dan PTAR berkenaan program Corporate Social Responsibility (CSR) di Kampung Pagi, Pahang. 

Wakil PTAR:

  1. Puan Hani Liza Norfin 
  2. Puan Azura Md Hashim 
  3. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli 
  4. Puan Nik Zatihulwani Jamaludin 
Wakil BHEI: 
  1. Ustaz Shahrulnizam Akhsan 
  2. Ustaz Abdul Mutalib Abd Jamil 

Share:

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews