SHAH ALAM, 5 Oktober 2023 - Selamat Maju Jaya diucapkan kepada kumpulan pembentang Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang akan melakukan pembentangan akhir pada pagi ini di Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam.
Dengan pemilihan bidang tumpuan adalah Penyampaian Perkhidmatan, pembentangan akhir AKNC PTAR akan disempurnakan oleh:
- Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan
- Puan Hani Liza Norfin
- Puan Aznur Umiza Abu Kassim
- Puan Nurul Aida Noor Azizi
- Puan Nor Azwani Mohamad
PTAR telah berjaya melayakkan diri dan terpilih untuk ke Sesi Pembentangan Akhir AKNC 2023 menerusi pemakluman emel oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) bertarikh 20 September 2023.
Penjurian akan dilakukan oleh panel penilai berikut:
- YBhg. Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd Janor - Naib Canselor
- YBhg. Prof. Dr. Norazah Abd Rahman - Penolong Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi
- YBhg. Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam - Penolong Naib Canselor Institut Kepimpinan & Pembangunan (ILD)
- YBrs. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Juliana Johari - Penolong Naib Canselor Infostruktur, PPII
- YBhg. Prof. Dr. Shahriman Zainal Abidin - Penolong Naib Canselor UiTM Global
0 comments:
Post a Comment