• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Wednesday 28 February 2024

Perbincangan Sistem Automasi Pejabat (OA) UiTM

Rabu, 
18 Syaaban 1445H,
28 Februari 2024M:

Perbincangan sistem Automasi Pejabat (OA) UiTM bersama Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur (PPII) telah diadakan pada: 
Tarikh:     28 Februari 2024 (Rabu)
Masa:       9.30 pagi
Tempat :   Bilik Mesyuarat PTAR

Staf PTAR yang terlibat ialah:

  1. Ts Haji Azizi bin Haji Jantan 
  2. Ahmad Amiri bin Mohamad 
  3. Wan Nur Khalidah binti Wahed 
  4. Mohd Izwan bin Salim 
Staf PPII yang terlibat ialah:
  1. Mohd Hairy bin Mohammadiah 
  2. Mohd Khanafi bin Haron 
  3. Puan Norelissuryani binti Mokhtar

Share:

Tuesday 27 February 2024

Perbincangan Inisiatif Sukarelawan Perpustakaan dan Penyerahan Bahan Kesatria UiTM

Perbincangan dengan Pengarah KoKurikulum UiTM YBrs Prof Madya Dr. Azman Yahaya telah diadakan pada 27 Feb 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR jam 3.00 petang. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai bahan Harta intelek Jabatan untuk diserahkan kepada Perpustakaan seperti pakaian Kesatria, Dokumen Bersejarah dari Pusat KoKurikulum. Dokumen ini akan disimpan di eGalleri Tun Abdul Razak, IR UiTM, Hari ini dalam sejarah dan Memori Korporat.


Share:

Monday 26 February 2024

Audit Dalam Bil.1/2024 PTAR Shah Alam

Isnin, 
16 Syaaban 1445H,
26 Februari 2024M:

Audit Dalam Bil. 1/2024 PTAR Shah Alam telah diadakan seperti berikut: 

Mesyuarat Pra Audit: 16 Februari 2024 (Jumaat) 
Masa:         3:30 petang
Tempat:      Bilik Perbincangan BDPS
Peserta:       Ketua Sistem Audit, Timbalan Ketua Sistem Audit, Auditor

Mesyuarat Pembukaan Audit: 20 Februari 2024 (Selasa) 
Masa:         9:00 pagi
Tempat:      Bilik Seminar
Peserta:       Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan
                    Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Sistem Audit, Timbalan Ketua Sistem Audit,                        Auditor, Auditee. 

Mesyuarat Penutup Audit: 26 Februari 2024 (Isnin) 
Masa:          2:30 petang 
Tempat:       Bilik Seminar
Peserta:       Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan
                    Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Sistem Audit, Timbalan Ketua Sistem Audit, 
                    Auditor, Auditee. 

Fakta menarik mengenai perjalanan Audit Dalam Bil. 1/2024:  

  1. PTAR UiTM Cawangan Selangor (UCS) akan melaksanakan sistem audit di kampus masing-masing sesuai dengan taraf kampus autonomi. 
  2. Pelantikan Timbalan Ketua Sistem Audit yang baharu iaitu Puan Siti Salwa A. Rahman. 
  3. Pengauditan dilaksanakan oleh 6 orang auditor bagi 5 jabatan dan 3 perpustakaan fakulti: Bahroni Moojee, Norhamimi Othman, Asmah Sabtu, Nurul Farihah Sarmin Panut, Eza Eliana Abdul Wahid dan Hanani Rojikin. 
  4. Sejumlah 6 hari diambil untuk melaksanakan keseluruhan proses auditan bermula Pra-Audit hingga Majlis Penutup Audit. 
  5. Ts Haji Azizi bin Haji Jantan mahukan proses penambahbaikan sebagai matlamat utama pengauditan. 
  6. Penemuan sebanyak 5 SFI, 0 minor, 0 major. 
Mesyuarat Pra-Audit 





Mesyuarat Pembukaan Audit








Pengauditan










Mesyuarat Penutup Audit






Share:

Majlis Penyerahan Agihan Keuntungan iCEPS UiTM 2022



Isnin, 
16 Syaaban 1445H,
26 Februari 2024M:

Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi Haji Jantan telah melapangkan masa menghadiri Majlis Penyerahan Agihan Keuntungan iCEPS tahun 2022 pada 26 Feb 2024 di Dewan Serbaguna Kolej Seroja, UiTM Shah Alam pada jam 8.30 malam. 

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose telah sudi menyempurnakan upacara penyerahan hasil keuntungan program pembelajaran jarak jauh kepada kolej pengajian, fakulti dan cawangan terlibat dengan disaksikan oleh YBrs. Profesor Dr. Ismie Roha Mohamed Jais, Ketua Pusat Kepimpinan dan Menjalankan Tugas Ketua Eksekutif, Institut Pendidikan dan Pengajian Profesional (iCEPS) 

Majlis yang dianjurkan oleh iCEPS ini turut dihadiri oleh pengurusan Tertinggi UiTM, Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian, Dekan Fakulti, Rektor UiTM Cawangan dan Ketua Pusat Pengajian. 

Sumber: 
iCEPS. (2024, March 3). 𝟐𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 – Majlis Penyerahan Agihan Keuntungan iCEPS
Facebook Institute of Continuing Education & Professional Studies.  
https://www.facebook.com/icepsuitm/posts/pfbid09bRYWERqyyEEVWxy5HjsSrPZYzJAxEDMR6UseiSx8PyjHTSy6JKQKcKaURDmJpfVl




Dari kiri: Prof. Ts. Dr. Md Yusof Hamid, Hj. Muhamad Nizam Noordin, Prof. Madya Ts. Dr. Suriyani Ariffin, Profesor Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, Profesor Dr. Ismie Roha Mohamed Jais dan Ts. Haji Azizi Haji Jantan

Share:

Amanat Hala Tuju Perpustakaan UiTM 2024

Isnin, 
16 Syaaban 1445H,
26 Februari 2024M:

Amanat Hala Tuju Perpustakaan UiTM 2024 telah disempurnakan oleh Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan pada: 

Tarikh:     26 Februari 2024 (Isnin) 
Masa:       9:30 pagi hingga 10:30 pagi
Medium:  Siaran Langsung
Tempat:    Ruang Media, PTAR.

Sejumlah enam matlamat telah digariskan bagi mencapai hala tuju strategik 2024 'Pengiktirafan Global' iaitu: 
  1. Kecemerlangan Bakat dan Keberhasilan Ilmu 
  2. Kemenjadian Pelajar dan Mahasiswa Bitara
  3. Pemindahan dan Perkongsian Ilmu Komuniti
  4. Pembangunan Sumber Rujukan Universiti Berkualiti
  5. Pemerkasaan Transfomasi Digital Perpustakaan. 
  6. Pembitaraan Rekod. 
Dalam masa sama, pembudayaan enam amalan baik harus dijadikan budaya warga perpustakaan UiTM iaitu: 
  1. Emosi positif dan sifat syukur. 
  2. Berilmu dan beramal. 
  3. Keupayaan Menimbang Keutamaan. 
  4. Budaya "Performance Excellence". 
  5. Perhubungan dan kebersamaan. 
  6. Amalan 3S: Senyum, Sapa, Salam.
Amanat Hala Tuju Perpustakaan UiTM 2024 boleh dicapai dalam format video YouTube Perpustakaan UiTM dan Facebook Perpustakaan UiTM, slaid, teks ucapan dan montaj


Ahmad Danish Mohd Yatim (Pelajar Latihan Industri) sebagai Pengacara Majlis

Muhammad Khaliff Emir Mohd Zamri (Pelajar Latihan Industri) sebagai Pembaca Doa






Share:

Saturday 24 February 2024

Manuskrip Melayu Perlambangan Tradisi Keilmuan Raja-Raja Melayu


Jumaat, 
13 Syaaban 1445H,
23 Februari 2024M:  

Dirasakan masa bergerak amat pantas apabila membicarakan mengenai pemeliharaan manuskrip diraja bersama Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu. 

Manakan tidak, banyak persoalan sekitar Manuskrip Melayu telah dilontarkan oleh penonton dalam talian yang mencecah hampir 800 jumlah penonton ketika bersiaran. 

Malah, istilah 'manuskrip' sendiri adalah perlambangan sesuatu yang amat bernilai dan bukti jelas tahap ketamadunan sesuatu bangsa di masa lampau yang seharusnya dipulihara serta dipelihara buat rujukan generasi yang akan datang. 

Dalam hal ini, perkongsian ilmu oleh Encik Abdul Rahman Muhammad Shariff menerusi program Bicara Pakar baru-baru ini boleh dijadikan panduan berguna buat golongan pencinta manuskrip. 

Lazimnya, 99% manuskrip Melayu ditulis di atas kertas yang mudah terdedah kepada ancaman serangga dan persekitaran yang tidak kondusif. Justeru mengetahui kaedah penjagaan yang betul seperti penetapan suhu di bawah 20 darjah celcius amat perlu untuk memastikan jangka hayat bahan lebih lama.

Ramai orang tidak mengetahui naskah buku atau helaian atau objek yang dimiliki sebenarnya tergolong sebagai bahan manuskrip. Hal ini mungkin berpunca daripada ketidakpastian sumber untuk dirujuk. Justeru, orang ramai amat dialu-alukan untuk menghubungi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu yang telah wujud sejak tahun 1985 untuk mendapat khidmat nasihat dan panduan berkenaan bahan manuskrip dimiliki. 

Manuskrip Diraja seperti MSS 2141 dan MS 488 amat menarik untuk dikaji dengan lebih mendalam. Kisah di sebalik perutusan surat dan penerbitan lain-lain manuskrip amat wajar diteliti, didokumenkan dan 'dikisahkan' dari mulut ke mulut agar diteladani hikmah disebalik sesuatu peristiwa lampau. 

Bicara Pakar adalah program kolaborasi antara Kursi Institusi Raja-Raja Melayu dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang mengundang pakar-pakar tempatan untuk mengupas topik berkaitan Kesultanan Melayu dan sosiobudaya. 
Kiri: Mashitah Syed Zainal (Pelajar Latihan Industri), Asmah Sabtu, Abdul Rahman Muhammad Shariff, Dr. Azman Mat Isa, Rahman Naim Mat Ali dan Mohd Shahril Zamri.  






Share:

Labels

Total Pageviews