• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Friday 17 February 2023

CTWR 2023 Bersiaran Di Ruang Media, PTAR Shah Alam

 

Shah Alam, 16 Februari 2023 - Coffee Talk With Rozie (CTWR) tahun 2023 telah membuka tirainya  apabila buat pertama kali telah bersiaran secara langsung di Ruang Media, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam. 

CTWR merupakan sebuah  rancangan bual bicara informasi yang dihoskan oleh Naib Canselor UiTM Prof. Ts. Datuk Dr. Roziah Mohd Janor, 

Program CTWR kali ini telah mengundang Penolong Naib Canselor (Strategi) Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad bagi mengupas lebih lanjut berkenaan topik "The Next Chapter: UiTM in Pursuit of Becoming a Globally Marketable University in 2023". 

Sebagai peneraju Bahagian Transformasi Universiti (BTU), Prof. Ts. Dr. Nor Hayati telah menerangkan secara ringkas dan padat tentang peranan BTU sebagai bahagian yang mengurus dan memantau Pelan Strategik UiTM 2025 keseluruhannya. 

Pelan Strategik UiTM 2025 yang telah dilancarkan pada 6 Februari 2020 bermatlamat menjadikan UiTM sebagai Universiti Tersohor tahun 2025. Justeru, peranan BTU amat penting bagi memudahcara Pengarah Peneraju Universiti menggerakkan Petunjuk  Prestasi Utama (Key Perfomance Indicator-KPI) dan Petunjuk Prestasi (Performance Indicator-PI) di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) universiti. 

Terdapat  50 PTJ yang terdiri daripada 23 fakulti dan kolej pengajian, 13 kampus negeri dan 14 Pusat Kecemerlangan (Centres of Excellence-COE) terlibat secara langsung dalam menggerakkan KPI dan PI universiti. 

Tambah Prof. Ts. Dr. Nor Hayati lagi, setiap warga universiti mempunyai fungsi masing-masing berpandukan misi dan visi universiti. Projek-projek inisiatif yang bersasar telah dirancang, dinilai dan digerakkan bersama-sama PTJ yang terlibat. Agihan sasaran pencapaian ialah berdasarkan formula kekuatan PTJ dan polisi semasa disamping sesi libat urus, komunikasi yang berkesan  dan  sokongan berterusan agar matlamat utama universiti tercapai. 

Banyak lagi perkongsian menarik oleh Prof. Ts. Dr. Nor Hayati termasuklah strategi BTU mengurus dan menggerakkan keseluruhan PTJ, pengurusan data penting universiti, penghasilan pelaporan pencapaian universiti, pencapaian UiTM tahun 2022, fokus tahun 2023, perancangan BTU dan tindakan penambahbaikan yang harus difahami oleh seluruh warga UiTM.     

Program CTWR turut menayangkan montaj aktiviti-aktiviti berimpak UiTM di seluruh negara. Pada siaran kali ini, CTWR telah menayangkan aktiviti UiTM cawangan Kelantan iaitu Ladang Nenas Bukit Ilmu dan produk Batik Kemuning. Selain itu, montaj UiTM Gifts oleh Pejabat Naib Canselor dan perkhidmatan digital Better Talk oleh Pusat Kerjaya & Kaunseling UiTM turut dipaparkan sebagai kandungan CTWR kali ini. 

Seterusnya, CTWR telah mengundang Worlds Most Highly Cited Researcher for Five Consecutive Years Prof. Dr. Biswajeet Pradhan. Beliau merupakan founding director of Centre for Advanced Modelling and Geo-spatial Information Systems (CAMGIS) di University of Technology Sydney, Australia. Mempunyai latarbelakang yang amat menarik dalam penyelidikan dan penerbitan, Prof. Dr. Biswajeet telah berkongsi pandangan beliau tentang penyelidikan Geospatial, pengurusan masa sebagai penyelidik dan pensyarah dan pandangan peribadi beliau mengenai UiTM. 

Buku CTWR 2022 berjudul Coffee Talk With Rozie at the Forefront of Internalising the Global Goals turut dilancarkan oleh Naib Canselor UiTM. Kandungan utama buku ini ialah tentang isu SDG yang dibicarakan pada 12 episod CTWR tahun lalu. Buku CTWR ini akan diedarkan secara fizikal kepada semua PTJ UiTM disamping boleh dilayari secara digital. Beliau turut mengumumkan lima naskhah buku CTWR akan diserah kepada PTAR selepas tamat siaran langsung CTWR pada hari ini. 

Sebelum CTWR berakhir, Naib Canselor UiTM telah merakamkan ucapan tahniah buat PTAR atas pencapaian Top 60 Ranking Web Of Repositories bagi edisi ke-15 Transparent Ranking Institutional Repositories oleh Google Scholar. 

Untuk tidak melepaskan peluang, Prof. Ts. Datuk Dr. Roziah telah menandatangani plak program CTWR episod 1/2023 di Ruang Media, PTAR Shah Alam sebagai tanda kenang-kenangan. Program CTWR kali ini turut merekodkan jumlah tontonan tertinggi sehingga 1,100 orang penonton semasa program ini berlangsung.   

Warga PTAR amat berbesar hati dan merakamkan setinggi penghargaan atas sokongan Naib Canselor UiTM terhadap PTAR selama ini. 




Prof. Datuk  Ts. Dr. Roziah sewaktu menandatangani plak program CTWR episod 1/2023. 

Penolong Naib Canselor (Strategi) Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad (kanan).

Pencapaian PTAR dalam Top 60 Ranking Web Of Repositories.

Buku Coffee Talk With Rozie at the Forefront of Internalising the Global Goals.

Prof. Dr. Biswajeet Pradhan.
Share:

Wednesday 15 February 2023

Pelajar Istimewa Jalani Latihan Industri di PTAR

 


Shah Alam, 14 Februari 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) amat berbangga apabila menerima kehadiran dua orang pelajar Latihan Industri dimana salah seorang daripadanya ialah Orang Kurang Upaya (OKU) kategori Pendengaran.    

Saudari Filzah Izzny binti Firdaus dan Saudari Hazizah binti Hassan merupakan pelajar semester 3, Diploma Pengurusan Maklumat, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM cawangan Kedah. Kedua-duanya akan memperoleh pengalaman tentang tugas-tugas di perpustakaan akademik selama 29 hari bermula 13 Februari 2023. 

Sejumlah sepuluh lokasi melibatkan jabatan, bahagian dan unit di PTAR akan secara bergilir-gilir menerima kehadiran pelajar ini. Antara aktiviti yang akan dilalui oleh pelajar ini antaranya program  siaran langsung, perolehan bahan sumber elektronik, perkhidmatan perpustakaan, penyelidikan dan literasi maklumat, perpustakaan digital, pengurusan rekod dan perpustakaan fakulti. 

Di akhir tempoh latihan industri pada 24 Mac 2023, kedua-dua pelajar ini akan melapor dan membentang pengalaman pembelajaran yang diperoleh di PTAR. 

Dengan kehadiran kumpulan pertama pelajar Latihan Industri di PTAR bagi tahun 2023 ini akan memperkukuh aspek kemudahan golongan OKU di PTAR yang telah bermula sejak awal tahun 2022. 

PTAR turut merakamkan setinggi penghargaan buat Pengarah Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO UiTM) Ts. Dr. Roslinda Alias di atas kesudian perkongsian aplikasi Live Transcribe. 

Saudari Filzah Izzny binti Firdaus (kiri) dan saudari Hazizah binti Hassan

Ts. Dr. Roslinda Alias (kiri) sedang berinteraksi bersama saudari Hazizah binti Hassan sambil disaksikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan. 


Share:

Tuesday 14 February 2023

Lebih 5,000 Peluang Kerjaya di Program Kerjaya Graduan UiTM


Shah Alam, 14 Februari 2023 - Warga Shah Alam khususnya golongan belia diundang ke Program Kerjaya Graduan UiTM yang akan diadakan di Library Community Engagement, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.

Program anjuran bersama PTAR dan PERKESO Negeri Selangor ini akan diadakan selama tiga hari bermula hari Selasa 21 Februari 2023 hingga hari Khamis 23 Februari 2023 dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Sejumlah 5,353 peluang pekerjaaan ditawarkan oleh tujuh belas industri pelbagai bidang antaranya Proton, UMW, Gamuda IBS, 99 Speedmart, Pizza Hut, Cyberview Resort & Spa dan FACEXPRO.

Individu turut berpeluang menyertai taklimat bersama PERKESO terutama kemudahan caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang baru dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Februari 2023.

Agensi perbankan Maybank turut membuka kaunter buat orang ramai memperoleh maklumat tentang pelbagai perkhidmatan kewangan semasa. Gerai-gerai jualan makanan dan minuman turut disedia sebagai kemudahan buat orang ramai hadir ke program ini nanti.

Demi kelancaran proses pencarian pekerjaan, golongan belia perlu mengisi borang pra-pendaftaran menerusi dua pautan berikut: 1.Warga UiTM . 2. Bukan Warga UiTM

Maklumat terkini dan pertanyaan lanjut berkaitan program Kerjaya Graduan UiTM boleh diperoleh di media sosial rasmi PTAR: Portal , Facebook , Twitter dan Whatsapp (03-5521 1704/ 011-2092 8005). 



 

Share:

Sunday 12 February 2023

Program UiTM's Embracing Challenge: A Globally Marketable University di Melaka

 

Hari terakhir program 11 Feb 2023 bagi sesi Pocket Meeting Bersama Pentadbir Universiti


Bersama team Bahagian Transformasi Universiti (BTU) di kaunter pelanggan


Bersama Prof Madya Dr. Aida , Dekan Fakulti Pergigian bertanya tentang perkhidmatan Perpustakaan


Pengenalan dan Penghargaan oleh Naib Canselor UiTM kepada pembangun platform Paper Machine
 



Pembentangan Projek Paper Machine kepada Naib Canselor UiTM YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor

Pembentangan Pencapaian KPI dan PI Quarter 4 Tahun 2022


Share:

Friday 10 February 2023

Persediaan Program Kerjaya Graduan

 



Share:

Wednesday 8 February 2023

Persediaan Penyediaan Tempat Coffee Talk With Rozie Episod 1 Tahun 2023

 

Persediaan tempat dan program mengadakan Coffee Talk With Rozie

Lawatan Tapak oleh team Jabatan Komunikasi Korporat dan team CTWR di Ruang Media PTAR



Share:

Friday 3 February 2023

Pembinaan Surau Baharu PTAR

Shah Alam, 2 Februari 2023 - PTAR akan memperoleh surau baharu di aras 5 yang boleh menampung hingga 40 orang pengguna beribadah pada satu masa. 

Kerja-kerja pembinaan surau oleh kontraktor yang dilantik dijangka mengambil masa selama 14 hari bermula pada 2 Februari 2023. 

Cadangan pembinaan surau baharu PTAR ini adalah untuk menggantikan surau sedia ada yang berusia sepuluh tahun dan hanya boleh memuatkan pengguna hanya 4 orang pada satu masa. Asalnya, surau yang kecil ini ialah Bilik Penyelidikan dan Penulisan yang telah diubah bagi kegunaan beribadah buat pengguna PTAR beragama Islam. 

Sejak lebih sepuluh tahun yang lalu, berlaku permintaan yang tinggi oleh pengguna PTAR bagi mendapat  kemudahan surau di dalam perpustakaan. Faktor keselamatan pengguna khususnya pada waktu malam turut mendorong kepada pembinaan surau yang baharu ini. 

Lokasi surau baharu ini telah dibina sebelah menyebelah bagi kemudahan pengguna lelaki dan perempuan berkeluasan 4.26 meter lebar dan 5.48 meter panjang seunit. Ruang ini akan dilengkapi dengan kemudahan lantai vynil baharu yang menggunakan hasil sumbangan orang ramai. 

Terima kasih kepada penyumbang kemudahan perpustakaan UiTM. 

Surau Lelaki (asal)
Surau Perempuan (asal)
Pembinaan surau baharu






 


Share:

Memperhebat aspirasi GRU2025 menerusi Webinar Bicara Transformasi, Bicara Motivasi dan Bual Bicara di Radio UiTM



Shah Alam, 1 Februari 2023 - Kepakaran PTAR dalam penerbitan program siaran langsung terbukti apabila telah diundang ke Mesyuarat Kolaborasi Penganjuran Program Webinar Bicara Transformasi, Bicara Motivasi dan Bual Bicara di Radio UiTM. 

Mesyuarat yang dipengerusikan secara bersama oleh Pengarah BTU Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Faizul Yahya dan Ketua Unit Transformasi Minda dan Organisasi Profesor Madya Dr. Alwi Mohd Yunus telah berlangsung di BTU, Bangunan Canseleri. Turut hadir dalam mesyuarat selama dua jam ini ialah Penolong Penerbit Rancangan Kanan Radio UiTM (UFM) Puan Nurafiza Abu Bakar dan Penolong Pendaftar Kanan ACIS Encik Muhammad Khalid Abdullah.  

Wakil PTAR yang terdiri daripada Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Ketua Unit Perhubungan Awam Puan Zuhaslinda Sulaiman dan Pembantu Pustakawan Tertinggi Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad, telah hadir bagi membincangkan objektif dan penyelarasan strategi diperingkat PTAR bersama jabatan terlibat. Jabatan Korporat UiTM dan Institute of Leadership and Development (ILD) UiTM turut disebut bagi menyokong pelaksanaan program ini. 

Sejumlah 29 topik pilihan menarik yang menyentuh tema-tema dalam Pelan Strategik UiTM 2025 telah sedia untuk dibicara dengan lebih lanjut menerusi penganjuran ketiga-tiga program ini. Antara topik yang dijangka menarik ialah Transformasi Keusahawanan, Transformasi Digital dan Transformasi Minda. Turut tersenarai topik berkaitan kualiti penerbitan UiTM dan Transformasi Kepimpinan. 

Program yang akan bersiaran selama dua jam ini akan mengundang tetamu khas dari Kampus/ Fakulti/ Jabatan di UiTM untuk berkongsi amalan terbaik yang boleh dicontohi oleh warga UiTM. Kepakaran luaran akan turut diundang untuk mengemukakan input dikalangan agensi pendidikan negara. 

Siri Webinar Bicara Strategi Transformasi dijangka akan mula bersiaran di Ruang Media PTAR bermula pada hari Selasa minggu ketiga bulan Februari. Manakala siri Bicara Motivasi Transformasi yang akan diterajui oleh ACIS dijangka akan mula bersiaran pada hari Jumaat minggu pertama  bermula bulan Mac. 

Program-program ini bermatlamat sebagai agen transformasi minda disamping pengukuhan 'mindset' yang betul dikalangan warga UiTM. Disamping itu, kesemua program ini dirangka bagi menyedia warga UiTM ke arah pencapaian aspirasi Globally Renowned University 2025 (GRU2025) UiTM.  

Siri webinar, bicara motivasi dan bual bicara di radio ini akan dianjurkan secara bulanan sepanjang tahun 2023 dan terbuka untuk semua warga UiTM. Ayuh bersama memperhebat aspirasi GRU2025 UiTM. 

 


 





Share:

Thursday 2 February 2023

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 & 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐤 (𝐏𝐓𝐀𝐑) 𝐔i𝐓𝐌 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦





 

𝟐.𝟐.𝟐𝟎𝟐𝟑 | 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦 - Pejabat PERKESO Negeri Selangor telah mengadakan perbincangan serta lawatan tapak bagi program karnival kerjaya.

Kesinambungan kunjungan hormat dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UITM bersama PERKESO Negeri Selangor, Pejabat PERKESO Negeri Selangor dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UITM bakal mengadakan karnival kerjaya pada Februari ini.

Sesi perbincangan pada hari ini membincangkan hala tuju PERKESO dalam memastikan program penempatan pekerjaan melalui Cawangan Perkhidmatan Pekerjaan Negeri dapat membantu Orang Berinsurans dibawah Sistem Insurans Pekerjaan yang kehilangan pekerjaan dan juga Penganggur mendapatkan pekerjaan.

Peranan Perpustakaan sebelum ini yang merupakan tempat rujukan pelajar untuk mendapat maklumat telah diperkembangkan lagi dengan menjadikan perpustakaan sebagai Pusat Sumber untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Ini merupakan salah satu bentuk jajaran baru dari pihak PTAR bagi memastikan kepelbagaian fungsi perpustakaan kepada pelajar UITM dan juga orang awam.

Sesi perbincangan pada hari ini telah dihadiri oleh YBrs Tuan Hj Azizi bin Hj Jantan Ketua Timbalan Pustakawan, Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Zuhaslinda binti Sulaiman Pustakawan Kanan, Encik Khairul Idzwan bin Mohd Saad Pembantu Pustakawan Tertinggi.

Barisan dari Cawangan Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Selangor YBrs Mohammed Syaddad Bin Marop Ketua Negeri Perkhidmatan Pekerjaan, Khairina Fatin Shahirah Binti Khairuddin Pengurus Kes, Muhammad Iqbal Bin. Mohd Yusop Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Syaznida Binti. Othman Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan dan En Mohd Sazuan bin Abdul Hadi Pegawai Strategik Korporat PERKESO Negeri Selangor.

Semoga dengan usaha kerjasama ini dapat mempelbagaikan lagi ruang dan peluang kepada semua pencari kerja untuk mendapat pekerjaan seterusnya menjadikan Perpustakaan ini sebagai salah satu Pusat Satelite MyFutureJobs.

Share:

Wednesday 1 February 2023

Penerimaan Buku Sumbangan Perpustakaan UiTM kepada Perpustakaan Universiti Pendidikan Indonesia (UPI)

 




Perpustakaan UiTM telah menyumbang sebanyak 68 judul buku kepada Perpustakaan UPI. Ini merupakan aktiviti yang dilaksanakan berdasar kepada Memorandum Kerjasama (MOC) antara Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM dengan Perpustakaan Universiti Pendidikan Indonesia pada 11 Disember 2022.

Pihak Perpustakaan UPI juga telah mengkatalog bahan tersebut di dalam sistem OPAC untuk proses pinjaman.Buku UiTM di dalam OPAC UPI




Share:

Labels

Total Pageviews