Wednesday 4 October 2023

Perbincangan Kerjasama Pelaksanaan Program Ijazah Sarjana Mod FLP di PTAR Bagi Siri Kedua


SHAH ALAM, 18 Ogos 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Pusat Pengajian Sains Maklumat telah mengadakan perbincangan kerjasama Program Sarjana mod Flexible Learning Program (FLP) bagi siri kedua di Bilik Mesyuarat PTAR. 

Perbincangan dipengerusikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dengan dibantu oleh Pustakawan Kanan Unit Latihan  Puan Nurul Aida binti Noor Azizi.

Pusat Pengajian Pengurusan Maklumat diwakili oleh: 

  1. Dr. Husain Hashim - Ketua Pusat Pengajian
  2. Dr. Mad Khir Johari bin Abdullah Sani - Pensyarah 
  3. Dr. Norizan Anwar - Koordinator Pascasiswazah (Kerja Kursus & Penyelidikan) 
  4. Puan Ramlah Deris - Kerani Kanan (Pascasiswazah) 

Seramai sepuluh orang staf PTAR telah berjaya menamatkan pengajian selama dua tahun bagi program Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (IM770) mod FLP hasil kerjasama PTAR dan Pusat Pengajian Pengurusan Maklumat bermula pada sesi akademik I 2019/2020 (September 2019-Januari 2020) hingga sesi akademik II 2020/2021 (Mac-Ogos 2021).  








Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews