Thursday 10 August 2023

Staf PTAR dirai sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97



SHAH ALAM, 10 Ogos 2023: Seramai lima orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan telah diraikan dalam Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). 

Berikut ialah senarai graduan PTAR: 

Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (IM770): 

  1. Ahmad Faizar bin Jaafar
  2. Asmah binti Sabtu 
  3. Norazlin binti Mohd Yusof
  4. Mohd Fahizan Hamid

Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan (IM244):

  1. Muhamad Azrin bin Ismail
Kejayaan menamatkan pengajian di peringkat siswazah dan pasca siswazah didorong oleh keinginan untuk menambah ilmu disamping sokongan organisasi terhadap konsep pembelajaran sepanjang hayat. 

Konvokesyen UiTM ke-97 sidang ke-10 berlangsung pada pagi Khamis telah menyaksikan seramai 1,137 orang graduan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik menerima sijil yang disampaikan oleh Pro-Canselor UiTM YBhg. Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Sallehuddin Mohamed. 

Kumpulan staf PTAR yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana merupakan kumpulan pertama seramai sepuluh orang yang mengikuti program kerjasama PTAR dan Pusat Pengajian Pengurusan Maklumat sesi akademik September 2019

Sejumlah 35,069 orang graduan peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah menerima ijazah sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 di tiga lokasi seperti berikut: 
  1. UiTM Shah Alam pada 5hb Ogos hingga 26hb Ogos 2023 melibatkan 31,689 orang graduan. 
  2. UiTM cawangan Sabah pada 6hb September hingga 8hb September 2023 melibatkan 1,262 orang graduan
  3. UiTM cawangan Sarawak pada 13hb September hingga 15hb September melibatkan 2,118 orang graduan. 
Pecahan graduan mengikut peringkat pengajian ialah seperti berikut: 
  1. Ijazah Doktor Falsafah - 176 orang graduan 
  2. Ijazah Sarjana - 1,292 orang graduan
  3. Diploma Lepasan Ijazah - 99 orang graduan 
  4. Ijazah Sarjana Muda - 12,894 orang graduan
  5. Profesional - 61 orang graduan 
  6. Diploma - 20,457 orang graduan 

Pantun daripada KDYMM SPB Tuanku Canselor UiTM: 

Dari Pekan ke Titiwangsa, 
Datang bersama kawan dan rakan, 
Graduan UiTM permata bangsa, 
Harapan negara di masa hadapan.

Orang ke sungai menebar jala, 
Banyak mendapat ikan sembilang,
Pesanan terakhir sebagai Canselor,
Julanglah martabat bangsa terbilang.


Siapakah Penerima Skrol ke Sejuta UiTM? Sama-sama kita nantikan sepanjang istiadat konvokesyen ke-97. 






Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews