Friday 18 August 2023

Dua inovasi Perpustakaan UiTM berentap dalam sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi UiTM 2022

 

SHAH ALAM, 16 Ogos 2023 - Dua inovasi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah terpilih sebagai finalis dalam sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi UiTM 2022 anjuran Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA). 

Inovasi PTAR iaitu Pengurusan Bahan Arkib: Archive Management System (AMS) dan Perkhidmatan Rujukan OKU masing-masing telah diwakili oleh kumpulan Jabatan Arkib Universiti (JAU), PTAR UiTM Shah Alam dan PTAR UiTM cawangan Kedah. 

Sejumlah 16 kumpulan mewakili fakulti, jabatan dan cawangan UiTM telah melakukan pembentangan akhir menerusi saluran YouTube InQKA  selama dua hari berturut-turut. 

Sesi Penilaian Pembentangan Akhir telah dianjurkan bersekali dengan Simposium Kecemerlangan Operasi 2023. Pemenang Kecemerlangan Operasi UiTM 2022 akan diketahui sewaktu program Hari Inovasi UiTM sekitar November 2023. 











Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews