Tuesday 22 August 2023

Integriti: Satu Manifestasi Merdeka

SHAH ALAM, 22 Ogos 2023 – Segmen Live@PTAR Bicara Ilmu dengan tajuk Integriti: Satu Manifestasi Merdeka telah bersiaran secara langsung pada jam 10:00 pagi secara dalam talian hingga menarik sebanyak 330 tontotan.

Program Bicara Ilmu anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) bertujuan menyuburkan nilai integriti dan semangat kemerdekaan dalam kalangan warga UiTM.

Menurut Ketua Seksyen Advokasi dan Latihan IIM Encik Fison Hamdi Ahmad ketika mengulas isu integriti dalam masyarakat Malaysia menyatakan beliau optimis mengenai pembudayaan nilai integriti dalam masyarakat. Tambahnya lagi, pembudayaan nilai integriti dalam masyarakat Malaysia masih memerlukan masa dengan mengambil contoh tahap pembudayaan integriti di negara maju lain.

Dihoskan oleh Pustakawan Kanan PTAR Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof yang bersiaran selama satu jam, siaran ulangan program ini boleh ditonton di saluran YouTube Perpustakaan UiTM dan FacebookPerpustakaan UiTM.

Wakil IIM yang turut hadir ke PTAR hari ini ialah: 

  1. Puan Alice Suriati Mazlan (Ketua Seksyen Komuniti Korporat)
  2. Nabilah Abd Rahman - Pustakawan



Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews