Wednesday 24 May 2023

Tahniah! Staf PTAR antara graduan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-96

Setinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada lima orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang telah dianugerahkan Sarjana Sains  Pengurusan Maklumat (IM770) oleh Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-96 (Jun 2023) pada 24 Mei 2023. 

 Lima orang staf PTAR terdiri daripada: 

  1. Hanani binti Rojikin
  2. Nor Azwani binti Mohamad 
  3. Nur Rabita binti Rouzan 
  4. Nurul Farihah binti Sarmin Panut 
  5. Nurul Nadiah binti Harun 

Kejayaan ini lebih manis apabila staf tersebut tergolong dalam kumpulan pertama program kerjasama PTAR dan Pusat Pengajian Pengurusan Maklumat bermula sesi akademik I 2019/2020 (September 2019-Januari 2020) dan berakhir pada sesi akademik II 2020/2021 (Mac-Ogos 2021).  

Sejak dibuka penyertaannya antara bulan Mei hingga Ogos 2019, seramai 19 orang pelajar terdiri daripada staf PTAR dan pelajar baharu Pusat Pengajian Pengurusan Maklumat telah mendaftar mengikuti program kerjasama ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 10 orang staf PTAR telah mengikuti program yang mengambil masa selama dua tahun.  

Sewaktu sidang ke-9 yang diadakan pada petang Rabu ini, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media telah melahirkan seramai 865 orang graduan  iaitu 154 orang graduan peringkat Ijazah, 676 orang graduan peringkat Sarjana Muda dan 35 orang graduan peringkat Diploma.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-96 sedang berlangsung selama 26 hari bermula 20 Mei hingga 14 Jun 2023 di tiga lokasi berikut: 

  1. Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam (20 Mei hingga 3 Jun 2023)  
  2. Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah (7 Jun 2023) 
  3. Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak (13 hingga 14 Jun 2023)









Sepuluh orang graduan (bewarna kuning) daripada kumpulan pertama program kerjasama PTAR dan Pusat Pengajian Pengurusan Maklumat. 















Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews