Wednesday, 2 August 2023

Perpustakaan UiTM dan Pustaka Negeri Sarawak tandatangani MOC pertingkat jaringan kerjasama antara perpustakaan

SAMARAHAN, 2 Ogos 2023 - Detik bersejarah telah terlakar antara Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pustaka Negeri Sarawak apabila telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MOC) sewaktu program "Sarawak, Ibu Pertiwiku" seperti butiran berikut: 

Tarikh: 2 Ogos 2023 (Rabu) 
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Samarahan 2, UiTM cawangan Sarawak. 

Majlis menandatangani MOC telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri Haji Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak YBrs. Tuan Haji Japri Bujang Masli. 

Turut hadir Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UiTM cawangan Sarawak YBhg. Profesor Madya Ts. Dr. Mohammad Isa Mohamadin, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak YBhg. Datu Dr. Haji Sanib Haji Said, Ketua Timbalan Pustakawan YBrs. Tuan Haji Azizi Haji Jantan  dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Pustaka Negeri Sarawak YBrs. Encik Wan Mazli Wan Razali. 

Dengan termetrinya MOC ini akan membuka lebih banyak ruang kerjasama antara Perpustakaan UiTM dan Pustaka Negeri Sarawak dalam aspek inovasi, latihan dan perkongsian sumber perpustakaan. 

Tetamu kehormat akhirnya dibawa melawat ke Galeri Islam Nusantara yang mempamerkan bahan-bahan bersejarah Negeri Sarawak. Lebih 50 orang tetamu daripada lain-lain agensi kerajaan telah hadir bagi memeriahkan majlis bersejarah ini. 

































Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews