Monday 28 August 2023

Taklimat Program Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (CDIM770) Mod FLP bersama wakil Pusat Pengajian Sains Maklumat



SHAH ALAM, 28 Ogos 2023 - Seramai 19 orang staf perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) terdiri daripada staf profesional dan staf sokongan telah mengikuti Taklimat Program Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (CDIM770) yang disampaikan oleh Dr. Norizan Anwar, Koordinator Pasca Siswazah. 

Taklimat yang diadakan secara dalam talian ini adalah sebahagian inisiatif PTAR ke arah 'Pembelajaran Sepanjang Hayat' dalam kalangan staf PTAR. Ia juga memberi pendedahan dan galakan buat staf PTAR mempertingkat pengetahuan dan kemahiran terkini yang menyumbang kepada perkembangan kerjaya. 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews