Bagaimana hendak menghasilkan penulisan 'WOW'?
Ini '8T' tips penulisan Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif untuk menjadikan penulisan anda WOW:
- Tulis
- Terus Tulis
- Telaah - Idealis, berfikir melangkaui zaman.
- Taakul - Pelajari idea penulisan orang lain dan tulis mengikut gaya sendiri.
- Tok Guru - Seorang mentor yang boleh dijadikan idola/ pembimbing ke arah penulisan lebih baik.
- Tekun
- Training - Banyakkan menulis
- Tawakal
Menurut beliau, penulisan yang WOW adalah suatu simfoni yang membangkitkan emosi pembaca samada gembira, sedih atau simpati.
Tambahnya lagi, pembaca kini gemar kepada gaya penulisan 'factual narrative' iaitu gabungan fakta dan penceritaan. Penulisan seperti ini akan menghasilkan penulisan yang ada fakta namun menjentik perasaan manusia yang membacanya.
Berikut ialah contoh penulisan factual narrative:
"KLCC, bangunan pencakar langit yang pertama pernah wujud di negara Malaysia. Namun tidak ramai yang mengetahui disebalik ketinggian KLCC terdapat rumah-rumah usang, pondok-pondok kecil, yang sedang menunggu masa untuk dirobohkan semahu-mahunya atas nama pembangunan".
Sepanjang sehari bengkel ini berlangsung, seramai hampir 50 orang peserta bengkel yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan institusi pengajian tinggi di Pahang, Johor, Selangor, Melaka dan Terengganu, telah menunjukkan bakat penulisan masing-masing menerusi beberapa siri latihan menulis berita, rencana, teks ucapan dan facebook dengan bimbingan Datuk Dr. Sabri.
Telah menulis sejak berusia 14 tahun, Profesor Madya Datuk Dr. Sabri mempunyai pencapaian yang luar biasa hasil penulisan beliau yang telah menarik perhatian pemimpin negara dan organisasi antarabangsa. Bukan sahaja pernah merangkul Anugerah Buku Negara sebanyak 3 kali pada tahun 2016, 2017 dan 2020, malah turut menerima pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya merangkul Anugerah Buku UNESCO pada tahun 2020 hasil penulisan buku berjudul Ulul Albab.
Dua orang wakil dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) iaitu Pn. Asmah Sabtu (PTAR Shah Alam) dan Puan Siti Haidah Md Aziz (PTAR Kampus Bandaraya Melaka) telah hadir di bengkel yang diadakan di Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).
0 comments:
Post a Comment