Thursday 3 August 2023

Majlis Anugerah Productivity Champion & Pelancaran Alat Bantuan OKU Penglihatan (eVIEW).


MERBOK, 31 Julai 2023 - Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB), UiTM cawangan Kedah telah menerima pengiktirafan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara atas konsistensi PSB dalam berinovasi sejak penglibatan dalam QE/5S lebih sepuluh tahun yang lalu (tahun 2008 hingga kini). 

Anugerah Productivity Champion telah disampaikan oleh Pengarah MPC Wilayah Utara Encik Mohamad Azrol bin Mohamad Dali dengan diiringi Timbalan Ketua Pustakawan PSB Puan Azizah Khasim kepada 22 orang staf perpustakaan menerusi tiga kategori anugerah iaitu Productivity Leader, Productivity Practitioner dan Productivity Talent. 

Berikut ialah senarai penerima anugerah: 

Productivity Leader: 

  1. Puan Azizah Khasim 

           Productivity Practitioner: 

  1. Puan Atirah Ruslan
  2. Encik Mohd Amiruddin Mohd Nasir 
  3. Encik Muhamad Azrul Ayob 
  4. Encik Hasrizal Md Hasan 
  5. Encik Rosdi Hamad Rodzi 
  6. Puan Noor Azlina Hamzah 
  7. Encik Zakaria Muhamad
  8. Encik Faizul Zaman Sebudin 
  9. Puan Hamidah Mohd
  10. Encik Mat Asri Baharom 
  11. Puan Rozaini Yahaya
  12. Encik Mohd Amin Zainol 

Productivity Talent:

    1. Puan Noor Azlin Abdullah
    2. Puan Mazuriah Ahmad 
    3. Puan Norismailza Che Oon
    4. Encik Mohd Rostam Mohamad @Ahmad
    5. Encik Muzammil Mohd Mustaffa
    6. Encik Omar Zainol
    7. Encik Mohammad Ameerul Mohd Isa 
    8. EncikShazmie Huzni Mohd Sidik 
    9. Puan Noor Azlina Mat Esoff
Berucap sebelum penyampaian anugerah, Encik Mohamad Azrol menyatakan sokongan MPC terhadap aktiviti produktiviti khususnya melibatkan penggunaan teknologi (Technology Adoption), pembangunan bakat (Talent Development) dan ekosistem perniagaan (Business Ecosistem). 

Dalam masa yang sama, Rektor UiTM cawangan Kedah Dr. Roshima Hj. Said menerusi ucapan perasmian Majlis Anugerah Productivity Champion & Pelancaran Alat Bantuan OKU Penglihatan (eView) telah melahirkan rasa bangga atas kejayaan kumpulan Ilham PSB yang telah mencipta alat      eView hasil penelitian terhadap kesukaran golongan OKU menggunakan sumber rujukan di perpustakaan. 

Mengaitkan kejayaan kumpulan ini dengan aspek pembangunan bakat yang hangat diperkatakan mutakhir ini, kejayaan menghasilkan alat eView membuktikan UiTM cawangan Kedah mempunyai pelbagai bakat yang seharusnya dirai, dimotivasi dan disokong dengan cara memberi ruang staf berkarya dan berinovasi. 

Usaha murni yang dipamerkan oleh staf PSB harus dipuji dan penggunaan alat eView perlu disebar luas ke seluruh cawangan UiTM kerana terbukti telah memudahkan 45 orang golongan mahasiswa OKU UiTM cawangan Kedah ketika menggunakan perkhidmatan perpustakaan. 

Majlis ini telah dihadiri oleh pengurusan kanan UiTM cawangan Kedah, wakil MPC wilayah Utara dan Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM cawangan Pulau Pinang Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar. 




















Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews