Monday, 24 July 2023

Bibliometrik? Bukan rahsia lagi.


Bibliometrik ialah satu kaedah pengukuran secara statistik bagi menganalisa buku, artikel dan lain-lain penerbitan yang dipetik dalam sesuatu penerbitan saintifik. 

Umumnya, analisa bibliometrik menggunakan data bibliografi yang terkandung dalam sesebuah penerbitan seperti nama penulis, institusi, subjek dan negara. 

Matlamat utama analisa bibliometrik ialah untuk mengkaji perkembangan atau trend sesuatu bidang bagi penghasilan penulisan. 

Kemahiran bibliometrik amat berguna buat penyelidik lebih memahami bidang masing-masing, penghasilan penyelidikan baharu, perkongsian pengetahuan dan seterusnya ke arah penciptaan pengetahuan. 

Malah, peranan yang lebih besar harus dilakukan oleh Pustakawan sebagai pengurus maklumat bagi menyokong gerakan penyelidikan di peringkat institusi pendidikan. Sebagai contoh khidmat nasihat trend penerbitan mengikut bidang atau menghasilkan laporan impak penerbitan. 

Hampir 100 orang Pustakawan dan Pembantu Pustakawan seluruh cawangan UiTM telah mengikuti webinar Bibliometrics: Revealing the secrets yang telah diadakan pada 24 Julai 2023 jam 9:00 pagi. 

Webinar anjuran Unit Pembangunan Bakat, PTAR Shah Alam telah menampilkan Pustakawan Kanan UiTM cawangan Kelantan Dr. Muslim Ismail dan Timbalan Ketua Pustakawan Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria 'membuka rahsia' ke arah kemahiran bibliometrik. 


Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews