Thursday 20 July 2023

Majlis Penyampaian Insentif SPM 2022 Anjuran MITASA Di PTAR UiTM Shah Alam

Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Insentif SPM 2022 Bagi Anak-Anak Ahli MITASA bertempat di Library Community Engagement (LCE) Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam seperti butiran berikut: 

Tarikh: 20 Julai 2023 (Khamis) 
Masa: 9:00 pagi hingga 11:00 pagi 

Selain mengalu-alukan kehadiran penerima insentif SPM 2022, Presiden MITASA Encik Ahmad Faizal Mohamed Fiah dalam ucapannya menyebut bahawa PTAR telah menjadi imej UiTM sehingga dikenali oleh masyarakat luar. 

Tambah beliau, bakal mahasiswa UiTM seharusnya mengenali PTAR dengan lebih baik dan menggunakan segala sumber maklumat yang terkandung didalamnya. 

Dalam majlis ini, seramai 11 orang pelajar lepasan SPM 2022 telah menerima insentif yang disampaikan oleh Presiden MITASA dengan diiringi Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Puan Hani Liza Norfin.  















Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews