Friday 7 July 2023

Forum Semarak Jawi: Jawi Lambang Cerminan Bangsa

 

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) UiTM Shah Alam telah menganjurkan Forum Semarak Jawi: Jawi Lambang Cerminan Bangsa seperti butiran berikut:

Tarikh: 5 Julai 2023 (Rabu) 
Masa: 9:30 pagi hingga 11:30 pagi 
Tempat: Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Shah Alam

Forum yang telah berlangsung selama dua jam ini bertujuan menyebar luas pengetahuan mengenai tulisan Jawi  daripada aspek sejarah, perkembangan, teknologi aplikasi dan sokongan institusi dan masyarakat. 

Membawakan dua orang pakar tempatan dalam tulisan jawi iaitu Profesor Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz dan Dr. Makmur Harun, forum yang dibawakan secara hibrid telah mendapat jumlah tontonan sewaktu bersiaran sebanyak 371 tontonan iaitu 50 orang penonton fizikal  di LCE dan 321 orang penonton. 

Forum Semarak Jawi boleh ditonton menerusi saluran YouTube Perpustakaan UiTM dan Facebook Perpustakaan UITM.  















Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews