Sempena program Semarak Warisan Bangsa, Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM Shah Alam telah membuka reruai Klinik Jawi seperti butiran berikut:
Tarikh: 5 Julai 2023 (Rabu)Masa: 2:30 petang hingga 4:30 petangTempat: Library Community Engagement, PTAR UiTM Shah Alam
Reruai Klinik Jawi ini bertujuan meningkatkan minat warga universiti membaca naskhah bacaan dalam tulisan Jawi.
Selama dua jam aktiviti ini berlangsung, dianggarkan seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian menulis ayat dalam tulisan Jawi, teka silang kata dalam abjad Jawi, ejaan nama dalam tulisan Jawi dan membaca artikel dalam tulisan Jawi.
Dikendalikan oleh Ustaz Mohammad Shaffiaizad Amar Mohammed Sabri, Ustazah Nurul Afidah Awang dan Ustazah Norfaizah Yahya, reruai Klinik Jawi adalah program Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM Shah Alam.
0 comments:
Post a Comment