Friday 7 July 2023

Majlis Perasmian Program Semarak Warisan Bangsa


Bersempena dengan Program Semarak Warisan Bangsa, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan majlis perasmian seperti butiran berikut: 

Tarikh: 6 Julai 2023 (Khamis) 
Masa: 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari 
Tempat: Library Comumunity Engagement, PTAR UiTM Shah Alam

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah tengah YBrs. Puan Noriyani Yusoff dengan diiringi oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan. 

Antara tetamu kehormat lain yang telah hadir ialah Pengarah Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat PNM Puan Katrun Nada Haji Hashim, Pengurus Kanan IDE Encik Sharipuddin Muis dan Timbalan Pengarah Kanan BHEI Ustaz Mohd Azri Aripin. 

Program Semarak Warisan Bangsa merupakan program kerjasama antara PTAR bersama 4 institusi berikut: 

  1.     Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah
  2.     Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) UiTM Shah Alam
  3.     Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
  4.     Institut Darul Ehsan (IDE) 
Program yang telah berlangsung selama dua hari iaitu bermula 5 hingga 6 Julai 2023 telah menyediakan pelbagai aktiviti bertemakan warisan bangsa seperti Pameran Semarak Warisan Bangsa, Forum Semarak Jawi, Bicara Ilmu dan Klinik Jawi, Jualan Buku Terbitan PNM dan Sentuhan Emas Batang resam (Tulisan Khat). 

Seramai 50 orang telah hadir ke Majlis Perasmian Program Semarak Warisan Bangsa yang mewakili 4 jabatan dan institusi tersebut di atas. 







































Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews