Program Live@PTAR hari ini membawa isu yang amat dekat dalam kalangan masyarakat Malaysia iaitu "Layakkah aku beli Rumah? Persediaan memiliki hartanah".
Mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang hartanah, Coach Hartanah dan juga Pengarah Medispa Ventures Sdn. Bhd. Tuan Haji Ahmad Firdaus Mohamad telah diundang sebagai panel yang mengupas lebih mendalam berkenaan tajuk pemilikan hartanah.
Diasak dengan soalan-soalan menerusi ruangan chat, penonton menunjukkan minat bertanyakan soalan tentang nilai rumah, bentuk pemilikan yang menguntungkan samada sewa atau beli, penjualan hartanah dan tips pemilikan buat golongan muda.
Di akhir program, Tuan Haji Ahmad Firdaus telah meninggalkan pesanan buat golongan muda seperti berikut:
- Perancangan kewangan sangat penting
- Kenalpasti kehendak dan keperluan pemilikan hartanah
- Simpanan kewangan untuk pemilikan hartanah.
- Persediaan untuk membeli hartanah (pengetahuan, kaedah/ proses pemilikan)
- Istiqamah atau konsistensi.
Siaran langsung selama satu jam ini telah diacarakan oleh Pensyarah Kanan Pengajian Harta Tanah & Ukur Bangunan UiTM Sr. Kholim Sahray.
Siaran ulangan program ini boleh ditonton kembali menerusi pautan You Tube Perpustakaan UiTM atau Facebook Perpustakaan UiTM.
0 comments:
Post a Comment