Thursday, 25 May 2023

Mesyuarat Pengurusan Pemilikan Bahan Silibus Perpustakaan UiTM


Pembangunan sumber rujukan universiti merupakan asas kepada pembangunan koleksi perpustakaan akademik. Untuk itu, pemilikan bahan silibus mesti dititikberatkan Dan menjadi tanggungjawab Perpustakaan menyediakan judul-judul yang diperlukan.

Justeru, Mesyuarat Pengurusan Pemilikan Bahan Silibus Perpustakaan UiTM yang dipengerusikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan YBrs. Tuan Ts. Hj. Azizi bin Haji Jantan telah diadakan pada 25 Mei 2023 jam 2:30 petang hingga 4:30 petang. 

Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR Shah Alam turut dihadiri oleh: 
  1. Encik Ahamad Zuber Mohamed (Ketua Jabatan Perpustakaan Digital) 
  2. Puan Aznur Umiza Abu Kasim (Ketua Jabatan Sumber Rujukan Universiti) 
  3. Puan Masnida Hanim Che Mahmood (Ketua Bahagian Sumber Bercetak)
  4. Puan Wan Izzatul Fahrah Wan Ishak (Ketua Bahagian Aplikasi & Sistem Perpustakaan)
  5. Encik Mohd Faizal Sawardi Lukman (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) 
  6. Puan Asmah Sabtu (Ketua Unit Penerbitan dan Pemasaran) 
Selama dua jam, ahli mesyuarat bersetuju perkara berikut:
  1. Laporan pemilikan bahan silibus daripada sistem e-silibus v2 adalah secara auto extracted ke dalam sistem EIS. 
  2. Proses input data nombor ISBN dan nombor rekod telah bermula pada 24 Mei 2023 melibatkan  Pustakawan Shah Alam dan Pustakawan Cawangan pemegang proses silibus berjumlah 27 orang dan melibatkan 30,000 ke 50,000 judul silibus. 
  3. Formula pengiraan pemilikan berdasarkan judul ada dalam koleksi PTAR. 
  4. Sistem e-silibus v.2 berdasarkan program aktif daripada sistem AIMS. 
  5. Mendapatkan senarai 524 program daripada Hal Ehwal Akademik UiTM. 
  6. Memastikan sistem e-silibus v.2 berfungsi dan dikemaskini setelah menerima input nombor ISBN dan nombor rekod daripada Pustakawan. 
Selanjutnya, ahli mesyuarat bersetuju agar laporan kemajuan dikemaskini dalam masa terdekat. 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews