Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah terpilih sebagai penganjur Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2023 yang dijangka berlangsung pada bulan Oktober ini.
Justeru, satu mesyuarat antara PTAR dan InQKA telah diadakan pada 19 April 2023 dan dipengerusikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan.
Mesyuarat yang telah berlansung selama hampir dua jam ini turut dihadiri oleh 5 orang wakil daripada PTAR dan InQKA seperti berikut:
Wakil PTAR:
- Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan)
- Puan Siti Aishah Sadan (Pustakawan Kanan/ Ketua Unit Kualiti)
- Puan Nurul Farihah binti Sarmin Panut (Pustakawan Kanan/ Pengerusi KIK PTAR)
Wakil InQKA:
- Prof. Madya Ts. Dr. Ing Shahrul Azam Abdullah (Pengarah Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi)
- Dr. Nik Azlin binti Nik Ariffin (Ketua Unit Kecemerlangan Operasi dan Inovasi)
0 comments:
Post a Comment