Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menjalankan Kajian Profil Membaca Warga Universiti Teknologi MARA 2022/2023 bagi melihat kadar pembacaan dan tabiat membaca warga Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Objektif kajian adalah seperti berikut:
- Mewujudkan satu profil membaca warga UiTM yang terkini.
- Mengenal pasti tabiat membaca warga UiTM.
- Mengenal pasti perubahan minat dan trend membaca terkini warga UiTM terhadap pelbagai sumber bahan bacaan dan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan.
- Mengkaji impak Program Galakan Membaca dalam mempengaruhi budaya membaca warga UiTM.
- Mengenal pasti isu-isu, masalah dan korelasi antara industri perbukuan dengan minat membaca warga UiTM.
Ayuh seluruh warga UiTM sertai kajian ini dengan mengisi borang soalselidik di pautan berikut: https://bit.ly/3O3iPCg
Tempoh kajian bermula 19 Mei hingga 31 Julai 2023.
0 comments:
Post a Comment