Monday, 29 May 2023

Pelajar tahun akhir FSG lakukan kajian lapangan sistem pendingin hawa PTAR


Seramai 34 orang pelajar sarjana muda, Fakulti Sains Gunaan (FSG) dengan diiringi pensyarah pengiring Dr. Tay Chia Chay telah melakukan kajian lapangan sistem pendingin hawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) pada 25 Mei 2023 hari Khamis bermula jam 11:00 pagi. 

Penolong Jurutera (Awam) PTAR Encik Shaiful Akhuan Mohd Jusoh telah memandu para pelajar dan pensyarah melawat dua lokasi penting iaitu bilik AHU dan sistem Chiller Plant yang terdapat di PTAR bagi mempelajari tentang bagaimana pendingin hawa beroperasi.  

Selama hampir lima jam para pelajar diberi taklimat dan merasai pengalaman sebenar operasi sistem penghawa dingin dalam bangunan PTAR setinggi 5 tingkat ini. 










Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews