Tuesday 27 September 2022

Audit Dalam PTAR bil. 2/2022


Sejak pensijilan ISO PTAR pada tahun 2006, saban tahun aktiviti pengauditan PTAR telah dilaksanakan dengan jayanya.

Pada sesi  pengauditan kali kedua tahun 2022, tema pengauditan yang dipilih ialah "Pemantapan Penyampaian Perkhidmatan Melalui Personalized Services Perpustakaan". Pengauditan ini telah melibatkan PTAR Shah Alam dan PTAR Cawangan Selangor dan telah berlangsung selama enam hari. 

Di dalam ucapan Ketua Pustakawan UiTM di hadapan hampir 40 orang auditor dan auditee pada 27 September 2022, beliau menekankan agar fokus pengauditan kali ini ialah terarah kepada Personalised Services PTAR, Roadmap PTAR ke arah 2025 dan persediaan PTAR terhadap golongan pelajar yang baharu dan telah lama tidak memasuki kampus.  

Ucapan Ketua Pustakawan di dalam Majlis Pembukaan Audit Dalam ini telah menaikkan semangat auditor dan auditee bersama-sama menjayakan sesi pengauditan agar matlamat penyediaan perkhidmatan PTAR yang terbaik akan tercapai. 

Hasil pengauditan akan dibentangkan sewaktu sesi penutup audit dan diaplikasikan sebagai penambahbaikan perkhidmatan PTAR keseluruhannya.

Para auditor dan auditee yang hadir sewaktu Majlis Pembukaan Audit Dalam bil. 2/2022.

Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts. Mohamad Hamidi Mohd Jais  (baris hadapan dua dari kanan) turut hadir sewaktu Majlis Pembukaan Audit Dalam bil. 2/2022.

Ketua Pustakawan UiTM menyampaikan ucapan di Majlis Pembukaan Audit Dalam bil. 2/2022.




Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews