Tuesday, 13 September 2022

Keselamatan Luar Bangunan PTAR


Satu operasi memusnahkan sarang tebuan di pokok Rajah Kayu atau Golden Shower/ Cassia Fistula berhadapan foyer PTAR telah dilakukan pada 13 September 2022 hari Selasa jam 7:00 malam oleh pihak kontraktor Pest Control. Operasi ini telah turut diselia oleh staf Unit Kewangan & Infrastruktur PTAR iaitu Encik Mohd Shaiful Akhuan Mohd Jusoh bersama-sama dengan staf Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII). 

Sebelum operasi pemusnahan tersebut dilaksanakan, suatu pemakluman menerusi emel kepada staf perpustakaan dan notis pemakluman buat pengguna perpustakaan telah dipamer di hadapan pintu masuk perpustakaan. Para pengguna dan staf PTAR dinasihati supaya menghindari buat sementara waktu, laluan ke sekitar kawasan Dataran Menara SAAS, Laluan Wajah-Wajah, Foyer PTAR 1 dan CMT Hub bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. 

Operasi pemusnahan selama tiga jam ini telah berjaya memusnahkan sarang tebuan sebelum membiak lebih banyak serta mengancam keselamatan pejalan kaki di sekitar bangunan PTAR. 

Lokasi sarang tebuan.

Pekerja kontraktor Pest Control memulakan operasi dengan meninjau lokasi sarang tebuan di pokok Rajah Kayu. 

Notis pemakluman di laluan tangga berhadapan pintu masuk utama PTAR. 

Notis makluman di pamer di laluan Wajah-Wajah bersebelahan pokor Rajah Kayu.

Pekerja kontraktor Pest Control sedang melakukan semburan bahan kimia ke arah sarang tebuan. 

Tebuan yang telah gugur terkena semburan bahan kimia. 

Keadaan tebuan yang gugur di atas bumbung laluan Wajah-Wajah

Pekerja kontraktor Pest Control sedang menggugurkan sarang tebuan. 

Sarang tebuan yang telah gugur dikumpul untuk dilupuskan.

Pekerja kontraktor Pest Control sedang melakukan kerja pembersihan selepas operasi. 

Pokok Rajah Kayu tanpa sarang tebuan. 



Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews