Wednesday 14 September 2022

Sesi Bersama Ketua Pustakawan UiTM dan Staf Pelaksana PTAR Shah Alam dan PTAR Cawangan Selangor

 


Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman telah meluangkan masa selama empat jam bersama-sama staf pelaksana PTAR Shah Alam dan PTAR Cawangan Selangor pada pagi 14 September 2022 hari Rabu.  

Kehadiran Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman yang telah menyampaikan ucapannya tepat jam 9:15 pagi turut diiringi oleh Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan), Puan Nor Azwani binti Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Puan Nurul Aida binti Noor Azizi (Pustakawan Kanan). 

Seramai 80 orang staf pelaksana telah hadir memenuhi ruang Auditorium, PTAR Undang-Undang, bagi mendengar ucapan Ketua Pustakawan UiTM dan turut serta dalam sesi perbincangan dua hala ini. 

Dalam ucapannya, Ketua Pustakawan UiTM memberi penumpuan terhadap halatuju universiti sebagai Universiti Terkemuka menjelang tahun 2025 atau Globally Renowned Universiti 2025. 

Pelbagai inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh PTAR telah dikongsi oleh Ketua Pustakawan UiTM bersama staf pelaksana yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan. Turut dikongsi bersama ialah pencapaian PTAR yang menyokong kepada agenda universiti pada masa kini. 

Program yang telah dianjurkan oleh Jabatan Transformasi dan Governan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR 1) bermatlamat sebagai sesi pengukuhan khususnya di peringkat operasi perpustakaan UiTM demi memacu hala tuju universiti secara efektif dan efisien. 

Pengurusan PTAR bergambar bersama staf sokongan PTAR Shah Alam dan PTAR cawangan Selangor.  Paling hadapan duduk dari kanan Puan Nor Azwani binti Mohamad, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Tuan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan dan Puan Nurul Aida binti Noor Azizi. 

Sekretariat Sesi Bersama Ketua Pustakawan UiTM dan Staf Pelaksana PTAR Shah Alam dan PTAR Cawangan Selangor: Dari kiri Puan Wan Nur Syuhada binti Wan Adnan dan Puan Seri Ida Idayu binti Sarffuddin.

Encik Khairul Idzwan bin Mohd Saad selaku pembaca doa. 


Encik Badle Shah bin Yahaya (Ketua Pembantu Pustakawan) 

Puan Murni binti Othman (Pembantu Pustakawan Kanan) 

Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan)




Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews