Monday 26 September 2022

Kursus Digital Dalam Urusan Pejabat (Microsoft Teams)


Pemerkasaan teknologi dan aplikasi dalam urusan pejabat perlu disebarluas dan diaplikasikan di semua peringkat samada di peringkat operasi mahupun pengurusan. Perubahan teknologi dan aplikasi yang amat pantas telah mendorong penganjuran kursus Digital dalam Urusan Pejabat oleh Unit Pembangunan Bakat, PTAR Shah Alam, bertarikh 22 September 2022. 

Kursus sehari ini telah dikendalikan oleh Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang iaitu Ts. Dr. Suhailah Mohamed Noor. Beliau berpengalaman menggunakan aplikasi Microsoft bagi kegunaan pengajaran beliau di Kolej Pengajian Kejuruteraan sejak tahun 2017. 

Tn. Hj. Ahmad Faizar Jaafar, Pustakawan Kanan PTAR telah bertindak sebagai pembimbing yang baik, terutama di kalangan peserta kursus yang baharu menggunakan aplikasi Microsoft. 

Sumbangan Ts. Dr. Suhailah yang berkongsi kemahiran dan pengetahuan aplikasi Microsoft di kalangan pensyarah  UiTM Cawangan Pulau Pinang sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan di peringkat universiti. 

Seramai 23 orang staf sokongan dan profesional PTAR Shah Alam telah menghadiri kursus yang diadakan di Pusat IT ini. 

Ts. Dr. Suhailah telah mengendalikan kursus dengan fokus pada sesi pagi terhadap pengenalan produk-produk Microsoft langganan Jabatan Infosktruktur UiTM. Ini termasuklah pengenalan Microsoft Account langganan UiTM, kaedah integrasi antara Microsoft Calendar dengan kalendar Gmail rasmi UiTM, kaedah integrasi antara Microsoft Outlook dengan akaun emel rasmi UiTM (Gmail), Microsoft One Drive serta Microsoft Apps dalam telefon pintar. 

Sewaktu sesi petang, Ts. Dr. Suhailah memberi tumpuan terhadap aplikasi Microsoft Teams dan fungsinya. Kelebihan Microsoft Teams ialah sebagai platform sehenti pelbagai fungsi seperti pengendalian mesyuarat dengan kualiti rakaman penuh definisi tinggi atau High Density (HD), video rakaman, emel, forum, tugasan suntingan dalam masa sebenar secara berkumpulan  malah perkongsian fail atau dokumen secara berkumpulan. 

Penerangan Ts. Dr. Suhailah yang jelas, ringkas dan mudah difahami telah mendorong para peserta kursus memberi tumpuan dan meneroka produk Microsoft daripada mula hingga ke akhir kursus pada jam 4.30 minit petang. 

Ts. Dr. Suhailah Mohamed Noor (berdiri). 

Tn. Hj. Ahmad Faizar Jaafar. 

Peserta kursus di barisan kanan Pusat IT. 

Peserta kursus di barisan kiri Pusat IT. 

Pengendali kursus: Dari kiri Ts. Dr. Suhailah Mohamed Noor, Tn. Hj. Ahmad Faizar Jaafar dan Encik Mohd Adib Mohd Mohsin (berdiri). 














Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews