Menurut Encik Noorwazit, kejadian kebakaran berlaku pada 5 September 2022 hari Isnin jam 4:30 petang berpunca daripada litar pintas.
Sewaktu kejadian hanya anak perempuan beliau berusia sembilan (9) tahun mendiami rumah tersebut dan sempat menyelamatkan diri.
Rumah dua tingkat yang didiami oleh Encik Noorwazit sekeluarga di nombor 287 Jalan Medan 20 PJS/20, Taman Medan, 46000 Petaling Jaya, Selangor telah mengalami kemusnahan di ruang bawah dan sebahagian ruang atas hingga mengakibatkan kerugian puluhan ribu ringgit.
Lewat petang itu, Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7 Petaling Jaya telah berjaya memadamkan kebakaran sebelum merebak ke kediaman lain.
Seluruh warga kerja perpustakaan turut berdukacita atas musibah kebakaran yang menimpa Encik Noorwazit sekeluarga. Oleh itu, PTAR telah menyerahkan sumbangan wang tunai daripada warga kerja PTAR Shah Alam serta Jawatankuasa Tazkirah PTAR, Shah Alam, demi meringankan beban yang ditanggung oleh Encik Noorwazit.
0 comments:
Post a Comment