Wednesday 28 September 2022

Lawatan Kerja Ketua Pustakawan UiTM ke PTAR Kampus Dengkil dan Kampus Sungai Buloh

 

Siri lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke PTAR cawangan diteruskan pada 26 September 2022 hari Isnin dengan destinasi kali ini di PTAR cawangan Selangor kampus Dengkil dan kampus Sungai Buloh. Ini ialah lawatan kerja kali ketiga iaitu selepas lawatan ke PTAR cawangan Negeri Sembilan dan PTAR cawangan Johor yang telah dilakukan pada minggu kedua dan minggu ketiga bulan yang sama.

Lawatan kerja sehari ini telah bermula tepat jam 9:00 pagi dengan destinasi pertama di PTAR Kampus Dengkil.  Kali ini, Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Norhazlan Nordin telah mengiringi lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman. 

Kehadiran Ketua Pustakawan UiTM ini telah disambut oleh pengurusan Eksekutif Pusat Asasi iaitu Timbalan Pengarah (Akademik, Penyelidikan dan Inovasi) dan Menjalankan Tugas Pengarah YBrs. Dr. Ikhwan Naim Md Nawi, Timbalan Pengarah Pembangunan dan Kelestarian Ts. Dr. Hafezah Kasmuri, Ketua Bahagian Pentabiran Encik Herry Amizan Hamdan, Ketua Unit Kualiti Dr. Norlaily Ahmad, Ketua Unit Infostruktur Encik Hairulnizam Ghazali, Koordinator Korporat Puan Ezathul Zerafena Mohd Ris dan Ketua Perpustakaan Dengkil Cik Nordiana Tukijo. 

Berikutnya, satu taklimat dan perbincangan telah di atur di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Asasi  sebelum dibawa melawat ke PTAR Dengkil. Taklimat dan lawatan ini telah berlangsung hampir tiga jam. 

Pada sebelah petang, Ketua Pustakawan UiTM telah meluangkan masa melawat PTAR Kampus Sungai Buloh. Kehadiran beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Shahrani Abdul Manaf. 

Dengan turut dihadiri oleh semua staf PTAR Kampus Sungai Buloh, Encik Shahrani telah menyampaikan ucapan aluan atas kehadiran Ketua Pustakawan UiTM. Ini diikuti dengan pembentangan pencapaian PTAR Kampus Sungai Buloh yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, aras 2. 

Seperti siri lawatan sebelumnya, Ketua Pustawakan UiTM telah menyampaikan ucapan perihal hala tuju PTAR yang menyokong agenda universiti. Dalam ucapannya, Ketua Pustakawan UiTM memberi kata-kata semangat agar inisiatif-inisiatif PTAR yang telah dirancang dilaksana sebaik mungkin agar matlamat PTAR dan universiti tercapai. 

Ketua Pustawakan UiTM turut dibawa melawat ke persekitaran PTAR Kampus Sungai Buloh bagi memastikan prasarana sedia ada adalah kondusif buat pengguna perpustakaan. 

Lawatan kerja ini telah berakhir pada jam 5:00 petang.

Ketua Pustakawan UiTM (empat dari kanan) bersama-sama ahli pengurusan eksekutif UiTM kampus Dengkil 

Ketua Pustakawan UiTM (duduk) menandatangani buku pelawat PTAR Kampus Sungai Buloh. 

Ketua Pustakawan UiTM menyampaikan ucapan di hadapan staf PTAR Kampus Sungai Buloh. 

Ketua Pustawakan UiTM (tiga dari kanan) sambil diiringi Encik Shahrani (pertama dari kiri) di bawa melawat ke persekitaran PTAR Kampus Sungai Buloh. 


Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews