Saturday 9 March 2024

Ts Haji Azizi dilantik sebagai Ketua Pustakawan UiTM


Jumaat, 
27 Syaaban 1445H,
8 Mac 2024M:

Seluruh warga Perpustakaan UiTM merakamkan ucapan tahniah kepada Ts Haji Azizi bin Haji Jantan atas pemangkuan sebagai Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkuat kuasa 1 Mac 2024. 

Pemakluman mengenai pemangkuan Ts Haji Azizi sebagai Ketua Pustakawan UiTM kali pertama disiarkan menerusi saluran rasmi Facebook Naib Canselor Universiti Teknologi MARA jam 3:00 petang, 8 Mac 2024 hari Jumaat.

Pemangkuan sebagai Ketua Pustakawan diputuskan oleh Pengurusan Tertinggi UiTM setelah sebelas bulan Ts Haji Azizi menjalankan tugas sebagai Ketua Pustakawan sejak 3 April 2023. 

Terdahulu, pemilihan jawatan Ketua Pustakawan UiTM diadakan berikutan persaraan Ketua Pustakawan Ketujuh Encik Jamalludin Haji Sulaiman pada 15 Mei 2023. 

Semoga Perpustakaan UiTM lebih cemerlang di bawah kepimpinan beliau. 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews