Tarikh: 26 Mac 2024 (Selasa)Masa: 9:00 pagi hingga 11:00 pagiPlatform: Webex
Objektif penganjuran sesi pemantapan ini adalah perkongsian maklumat terkini berkenaan pengurusan Korporat & Komunikasi seperti penggunaan logo yang betul, slogan baharu PTAR dan perbezaan program Kolaborasi berbanding Read@UiTM yang disampaikan oleh Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Ketua Bahagian Korporat & Kolaborasi PTAR.
Turut dikongsikan ialah pengurusan Aduan Maklum Balas Pelanggan oleh Puan Zuhaslinda Sulaiman lanjutan daripada Bengkel Pengurusan Sistem eAduan bersama Moderator seluruh sistem UiTM pada 27 Februari 2024.
penekanan turut diberi terhadap aspek Penulisan & Penerbitan Puan Asmah sabtu mengalu-alukan penerbitan artikel di medium IQRA', UiTM Newshub dan di akhbar atau majalah luar.
Slot Tata Kelola Korporat & Kolaborasi
Slot Pengurusan Aduan Maklum Balas Pelanggan
0 comments:
Post a Comment