Monday 4 March 2024

Kunjungan Hormat Ke Pejabat Pengerusi MARA

 

Isnin, 
23 Syaaban 1445H,
4 Mac 2024M:

Kunjungan Hormat ke Pejabat Pengerusi MARA, Kuala Lumpur telah berlangsung pada 4 Mac 2024 jam 10:00 pagi dan dihadiri oleh:
  1. Ts Haji Azizi Haji Jantan - Ketua Timbalan Pustakawan, Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan
  2. Abdul Razak Abdul Rahman - Pustakawan Kanan
  3. Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad - Pembantu Pustakawan Tertinggi. 
Perjumpaan bersama Pengerusi MARA YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki telah membuahkan hasil berikut:  
  1. Kerjasama aktiviti Pameran Warisan Bangsa yang akan diadakan di PTAR dan di Bangunan MARA.
  2. Penganjuran bersama PTAR dan MRSM (Bahagian Pendidikan Menengah) bagi mengadakan program Literasi Perpustakaan. 
  3. Penganjuran bersama program Komuniti di Perpustakaan Datuk Asyraf Wajdi. 
  4. Penganjuran program Live @ PTAR berjudul "MARA Jejak Warisan Bangsa". 

Dari kiri: Ts Haji Azizi Haji Jantan, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Abdul Razak Abdul Rahman dan Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad
Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews