Tuesday 26 March 2024

Pensijilan Semula ISO 9001:2015 PTAR kali ke-7

Isnin, 
14 Ramadan 1445H,
25 Mac 2024M:

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berjaya memperoleh Pensijilan Semula ISO 9001:2015 daripada Lloyds Register Malaysia sebaik selesai sesi pengauditan yang berlangsung pada: 

Tarikh:     25 Mac 2024 (Isnin) 
Masa:       9:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat:    Bilik Mesyuarat, PTAR

Penganugerahan Pensijilan Semula ISO 9001:2015 bagi tempoh 3 tahun telah diputuskan oleh kumpulan auditor Lloyd's yang berpuas hati dengan pematuhan, pencapaian dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh PTAR. Kumpulan auditor Lloyd's terdiri daripada: 
  1. Encik Azhan Mashod
  2. Mr. Frederick Low 
  3. Puan Norsikin Mohamad Nor
Sejumlah 3 lokasi perpustakaan terlibat dengan audit Pensijilan Semula iaitu PTAR, PTAR S&T, PTAR Kejuruteraan dan Jabatan Arkib Universiti. 

Tema pengauditan merangkumi perkhidmatan perpustakaan, perolehan ICT, pemprosesan bahan, pengurusan sumber manusia, pembangunan bakat, pengurusan arkib & rekod dan pengurusan infrastruktur.  

Pensijilan Semula ISO 9001:2015 bagi tahun 2024 merupakan pensijilan ISO kali ke-7 sejak PTAR memulakan gerakan kualiti 18 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2006. 

Sesi Pembukaan Audit Lloyds dengan kehadiran Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan

Kumpulan auditor: (Dari kiri) Puan Norsikin Mohamad Nor, Encik Azhan Mashod dan Mr. Frederick Low 
Puan Siti Aishah Sadan selaku Ketua Sistem Audit PTAR. 


Waktu Pengauditan

Bermula sesi pengauditan oleh Encik Azhan Mashod 

Pengauditan Jabatan Sumber Rujukan Universiti (JSRU) 

Pengauditan di lokasi JSRU

Sesi Pengauditan Unit Kewangan dan Infrastruktur

Dari kiri: Puan Nor Azwani Mohamad, Puan Siti Aishah Sadan dan Encik Azhan Mashod 

Pengauditan di PTAR Sains & Teknologi

Auditor dan auditee di PTAR Sains & Teknologi: (Dari kiri) Encik Muhammad Zaidie bin Bardan, Puan Norsikin Mohamad Nor dan Encik Aszari bin Abu Bakar

Auditor dan auditee di PTAR Kejuruteraan:
(Hadapan kiri) Norsaliha binti Mad Mudin, Norhasima binti Hashim, Nur Fatin binti Tohar, Mohd Fitri bin Ruslan dan Muhamad Affendi bin Manshor. 
(Belakang kiri) Nur Sakeenah binti Mahbub, Puan Azura Md Hashim, Puan Rizana binti Md Radwan, Mr Frederick Low, Mohd Asmawi bin Mohamed dan Mohd Farid bin Mohamed Said
 
Pengauditan di Jabatan Arkib Universiti: (Dari kiri) Puan Azniza Mohamad Nor, Puan Noor Hayati Abu Kassim, Encik Ahmad Amiri bin Mohamad dan Encik Azhan Mashod 

Auditee Encik Ahmad Amiri Mohamad (kiri).

Auditor Encik Azhan Mashod (kanan)

Meneliti bukti auditan. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews