Thursday 7 March 2024

Tahniah! Repositori Institusi UiTM (UiTM IR) kini di tangga ke-41 dunia.

Khamis, 
26 Syaaban 1445H,
7 Mac 2024M: 

Tahniah Repositori Institusi UiTM (UiTM IR) diatas pencapaian kekal tempat pertama di Malaysia dan tempat ke-41 dunia. 

Pencapaian ini menjadikan UiTM IR kekal di tempat pertama selama 3 tahun berturut-turut disamping mengekalkan trek lonjakan pencapaian sejak edisi ke-14 Jun 2022. 

Ranking Web of Repositories berpusat di Sepanyol dan dikendalikan oleh organisasi penyelidik awam terbesar iaitu Cybermetric Lab, Consejo Superior de Investigaciones Cientificas (CSIC) sejak tahun 2006. 

Dalam edisi ke-16 Mac 2024, terdapat sejumlah 3,394 Repositori Institusi telah diindeks oleh Google Scholar yang bertujuan menyokong inisiatif akses terbuka terhadap bahan penerbitan sainstifik dan ilmiah dari seluruh dunia. 

Pencapaian Repositori Institusi dinilai dan disusun mengikut kedudukan kuantiti bahan penerbitan secara objektif mengukur ketampakan institusi dan kesannya terhadap repositori saintifik.  
Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews